Isnin, 29 Jun 2009

80 PERATUS SOKONG DEBAT DIADAKAN - SINAR HARIAN

80 peratus pelayar Facebook Sinar Harian setuju diadakan debat terbuka



SHAH ALAM - Hampir 80 peratus pembaca yang melayari laman Facebook Sinar Harian mahukan debat terbuka yang dicadangkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

:Melalui laman Facebook yang dikelolakan Sinar Harian itu juga ramai berpendapat bahawa Najib perlu memberi reaksi positif berkenaan perkara itu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan khususnya terhadap beliau.

:Antara reaksi yang diberikan, perdebatan sebegini perlu dalam usaha membawa kebaikan dan penyatuan semula bangsa terutamanya Melayu namun jika ia membawa kepada rasa benci dan menjarakkan jurang perpaduan, ia sama sekali tidak perlu.

:Dalam laman itu juga ada pihak yang menyokong agar ia dijadikan pentas membaiki reputasi, malahan ada yang menyokongnya agar ia menjadi pentas menyatukan bangsa.

:“Najib perlu menerima tawaran debat yang dianjurkan kerana ramai pihak yang akan bersetuju dengan tindakan ini termasuklah DAP, ia bakal membuka mata telinga semua pihak tentang siapa sebenarnya Najib.

:“Karisma serta keupayaannya akan diketahui oleh mereka yang sebelum ini tertutup dengan satu pandangan.

:“Pada masa yang sama, masyarakat sendiri mampu menilai Nik Aziz dari segala segi sama ada emosi, sikap dan keprihatinan beliau,” memetik salah satu reaksi pembaca.

:Melalui laman itu juga ada yang berpendapat bahawa ia merupakan langkah awal sebelum perdebatan yang sebenarnya, selepas selesai debat (jika berlaku), orang akan tahu menilai apa yang disampaikan dan mula bertanya kepada diri sendiri.

:“Debat sebenar akan berlaku di peringkat penerimaan masyarakat, dan apa yang berlaku di pentas debat itu hanyalah permulaan kepada debat yang sebenar,” reaksi dalam laman berkenaan.

:Dalam pada itu, mengulas isu yang sama, ada pembaca yang turut mencadangkan agar debat sebegini diterima semua pihak dalam membentuk masyarakat yang mempunyai keupayaan intelek yang tinggi./ SH

Komen - Biarpun 100 % setuju, mampus Umno tak mahu sebab takut rakyat tahu tembelang mereka. Mereka boleh tuduh macam-macam pada Pas di TV dan akhbar, jika diadakan debat rakyat akan tahu betapa Umno ini penipu besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan