Selasa, 2 Jun 2009

Aksi ‘pelakon Brickfields’


M. SARAVANAN didatangi seorang peminta sedekah sebelum merasmikan Najib's Corner di Restoran Sri Kortumalai, Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Jika anda ke Brickfields di sini, berhati-hati dengan seorang pengemis wanita yang pura-pura menangis sambil memegang kaki anda bagi mendapatkan wang.

Selalunya, wanita terbabit meminta derma daripada orang ramai dan sesekali hadir pada majlis awam yang diadakan di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, caranya meminta simpati orang ramai agak melampau dengan berpura-pura menangis teresak-esak dan selagi tidak dihulurkan wang, selagi itu dia tidak berganjak. Dia juga menjadikan orang kenamaan sebagai mangsanya.

Wanita yang berusia 40-an itu mendapat jolokan ‘pelakon air mata’ di kalangan peniaga dan mereka yang bekerja di Jalan Tun Sambanthan di sini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Saravanan yang hadir bagi merasmikan Najib’s Corner di Restoran Sri Kortumalai Pillayar di Brickfields turut menjadi mangsa.

Bagaimanapun, Saravanan yang baru sahaja selesai menikmati tosai dan vadai tidak terkejut melihat wanita itu kerana beliau sendiri telah beberapa kali membantunya.

Dengan menangis teresak-esak dalam nada yang kuat sambil memegang kaki Saravanan, wanita itu merayu meminta wang dalam bahasa Tamil tanpa menghiraukan orang lain.

Tidak selesa dengan keadaan itu, Saravanan menghulurkan not RM50 kepada wanita berkenaan dan tiba-tiba wanita terbabit berhenti menangis dan keluar dari restoran tersebut.

~~Sumber Kosmo

Komen - Sesungguhnya bukan orang politik saja yang pandai berlakon untuk cari makan....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan