Ahad, 14 Jun 2009

HENTIKAN KEZALIMAN - DS ANWAR

Anwar sedia bincang dengan Najib

NILAI - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya kerajaan memenuhi tiga prasyarat yang ditetapkan.

Kata Anwar, perbincangan hanya akan dilakukan sekiranya kerajaan menghentikan kezaliman, membebaskan badan kehakiman dan memastikan pilihanraya diadakan secara bebas dan adil.

"Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan UMNO, isu itu tidak berbangkit sama sekali.

“Pas telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini semalam.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan berbincang panjang mengenainya (kerajaan perpaduan) selepas cadangan yang diutarakan itu mencetuskan andaian bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan UMNO.

“Selepas Muktamar Pas, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan,” katanya yang juga Penasihat PKR./SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan