Selasa, 9 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN , APA KATA PRESIDEN PKR ?

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS. KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno. Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILaN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia. - Presiden Parti Keadilan Rakyat; Datin Seri Wan Azizah Ismail. - azm _/Harakahdaily

7 ulasan:

  1. salam

    satu ulasan yg matang dari seorang pimpinan

    BalasPadam
  2. Kebijaksanaan pimpinan itu penting...

    BalasPadam
  3. jelas pemimpin pkr masih tidak bijak.mengaku beragama islam tapi msih berpaksikan ideologi sekular ciptaan yahudi.kalau benar mengaku islam.bubarkan pkr dan masuk pas berjuang memartabatkan alquran dan hadis.pemimpin pkr munafik apabila menyatakan sokongan terhadap hudud tetapi dlm masa yg sama menyokong gerakan anti islam spt sisters in islam.

    BalasPadam
  4. Apa la bngang budak ni. PKR tu bubar pun bukan ahli2 dia yg Non Muslim yg ramai tu bleh masuk Pas, sbb kelab penyokong Pas pun mintak masuk pas tak dpt2 lagi. PKR parti berbilang bangsa dan agama la, takkan tak tau2 lg kot. PKR dah beri kerjasama ngan Pas pun dah ok dah. Yg sibuk Pas nak kerjasama ngan Umno tu amacam? Umno sokong hudud gak ke?

    BalasPadam
  5. dungu betul puak2 sekular pkr ni.lebih mementingkan undi bukan islam dari memartabatkan alquran dan hadis.yg pegi sokong gerakan anti islam tu buat pe.parti berbilang bangsa kononnya.sebenarnya parti menjual agama islam dan tunduk pada kafir.perjuangan pun tunduk ikut fahaman sekular ciptaan yahudi.kecut dan takut utk berjuang memartabatkan alqruran dan hadis.asyik2 takut undi bukan islam cabut lari.lebih takut org kafir dari Allah swt.bodoh punya pkr

    BalasPadam
  6. dungu betul puak2 sekular pkr ni.lebih mementingkan undi bukan islam dari memartabatkan alquran dan hadis.yg pegi sokong gerakan anti islam tu buat pe.parti berbilang bangsa kononnya.sebenarnya parti menjual agama islam dan tunduk pada kafir.perjuangan pun tunduk ikut fahaman sekular ciptaan yahudi.kecut dan takut utk berjuang memartabatkan alquran dan hadis.asyik2 takut undi bukan islam cabut lari.lebih takutkan org kafir daripada Allah swt.bodoh punya pkr

    BalasPadam
  7. Orang Pas cam kamu la yg dungu macam keldai. Nak pilih kawan pun tak tau. Masa takde kawan cari kawan, bila dah ada kawan kata macam2 kat kawan. Nak sebut pasal Islam tapi jahil. Tu lah bodoh sombong org2 Pas yg beri komen kat sini. Tapi bukan ramai sgt org2 Pas yg bodoh macam dia ni...dia ni terlebih bodoh sampai nak menilai kawan2 sendiri pun tak tahu....Yg dia tau nak berbaik ngan Umno. Pimpinan Pas pun tak teringin bersama umno dan masih mahu berkawan dgn PKR dan DAP. Cuma ahli Pas yg bodoh cam budak tu jer....tak suka PKR.

    BalasPadam