Sabtu, 27 Jun 2009

KERUSI BANDAR TUN RAZAK KOSONG? CUKUPLAH DULU!!

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA ura-ura kononnya kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang oleh MB Selangor Tan Sri Khalid bakal dikosongkan. Kononnya percaturan ini dibuat adalah untuk memberi laluan kepada Zaid Ibrahim bekas menteri yang baru menyertai PKR untuk berada di dalam Parlimen. Aku sebenarnya setuju sangat jika Zaid Ibrahim berada di Parlimen agar Umno/Bn akan lebih tertekan berhadapan dengan PR di Parlimen. Tetapi aku sangat tidak setuju jika percaturan ini dilakukan kerana pada aku Tan Sri Khalid telah menunjukkan prestasi beliau yang cemerlang di Parlimen setakat ini.

Seandainya terdapat mana-mana calon dari PR yang terbukti menunjukkan prestasi yang lemah, kurang efisyen atau diragui kejujurannya, saya tidak kisah jika kerusi yang diwakilinya itu dikosongkan. Kita perlukan Wakil Rakyat yang bukan sahaja jujur, tetapi menampakkan kejujuran mereka. Justeru itu, tidak releven buat Tan Sri Khalid untuk mengosongkan kerusi tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan ura-ura berkenaan hanya khabar-khabar angin malah pimpinan di dalam PKR dan PR sendiri tidak tahu perkara tersebut.

Bagi saya, sudah cukup dulu setakat ini kita `memalukan' Umno. Biarlah di Manek Urai yang akan datang ini kita `pacakkan nisan' buat Umno untuk terakhir setakat tahun 2009 ini. Lainlah jika ada sesuatu yang terpaksa kita buat pilihan untuk `memalukan' Umno lagi. Walaupun kita tahu Umno umpama `nyawa-nyawa ikan' sekarang ini tetapi kita juga perlu kumpul segala tenaga untuk bertarung di dalam `peperangan' yang lebih besar nanti pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Sementara menanti detik bersejarah itu, lebih baik kita menyambung usaha yang telah diasaskan oleh DS Anwar iaitu menarik sokongan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno di setiap peringkat untuk menyokong PR. Tidak perlu kita culik atau sorokkan mereka, tidak perlu kita tawarkan apa-apa jawatan atau bentuk kewangan, cuma kita perlu yakinkan mereka bahawa perjuangan mereka di dalam Umno/Bn sudah tidak releven lagi. Jangan contohi apa yang berlaku di Perak kerana Umno berkuasa di sana hanya bergantung kepada `spesis katak' yang tidak bermaruah.

Sekali lagi diharapkan, jika benar ada niat atau perancangan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak maka eloklah dihentikan. Bukan kerana kita takut kalah, tetapi buat apa mengganti kereta yang baru sedangkan kereta tersebut masih berfungsi dengan baik. Soal takut kalah tidak timbul kerana selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, semenjak bila Umno/Bn menang di Semenanjung? / wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. suruh aje yg rakam video vk linggam je letak jawatan dari tan sri khalid

    BalasPadam
  2. Salam..
    Aku pun setuju cadangan tu.. banyak cara lain kita nak menjatuhkan UMNO... kalau banyak sangat kita PRK kang pengundi atas pagar silap-silap jadi boring pulak..
    Jangan risau.. kang ada lagi PRK.. sekarang ni penyakit bermacam-macam.. tunggu saja..

    BalasPadam
  3. MP tanah merah pn blh gk, ganti ngn dato zaid ...senyap je kt parlimen...

    BalasPadam