Ahad, 21 Jun 2009

KRISIS DI PERAK - ANWAR GUSAR

Anwar Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak
Saturday, 20 June 2009

Datuk Seri Anwar Ibrahim gusar terhadap dengan kewibawaan sistem keadilan dalam membicarakan krisis dua menteri besar Perak yang kini akan di putuskan di Mahkamah Persekutuan.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun tiga hakim mahkaham rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai.

Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 julai depan.

“Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak mengjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa.Saya tidak mengharapkan ketua hakim negara akan bersetuju,” Kata Datuk Sri Anwar.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak,” Tambahnya lagi

Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.

“Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana- mana hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana- mana pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing- masing menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat,” Ujarnya lagi./ Suarakeadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan