Isnin, 1 Jun 2009

MENGAPA HUSAM SERING DIKRITIK?

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan. Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato'A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.

Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor. Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebutharga dari sumber lain.

Apabila dicari sebutharga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebutharga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan NEgeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor. Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU ke 12 baru2 ini. Dato A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan KElantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato A ini telah tolak mahkamah. Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS.

MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa. Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Baca seterusnya ---> http://www.malaysiawaves.com/2009/06/baru-saya-tahu-kenapa-mso-marah-sangat.html

4 ulasan:

  1. Walaupun saya orang cina dan saya tak setuju dengan sesetengah keputusan PAS tapi i masih sokong PAS kerana PAS jauh lebih baik dari UMNO dan niat baik tok guru dan datuk husam perlu diingati!MArilah kita sama sama sokong Datuk Husam Musa untuk jawatan timbalan president agar beliau boleh membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi!!!Bagi Nasharuddin,dia macam bodoh itik pengkianat!!Don't flirt with UMNO unless u have forgotten what the party have done to PAS previously!!Dan inilah sikap orang yang gila kuasa!!Bodoh Nasharuddin!!

    BalasPadam
  2. Kesemua pimpinan PAS punyai pendekatan yang berbeza tetapi tujuan yang sama. Jesteru itu, pilihlah pemimpin yang pada anggapan kita mempunyai pendekatan yang tepat, berhikmat serta sesuai dilaksanakan asal tidak terpesong dari dasar parti.

    BalasPadam
  3. MSO tu sape.. harap maaf x berape cerdik

    BalasPadam
  4. MSO itu adalah seorang penulis politik iaitu Mohd Sayuti Omar...maklum

    BalasPadam