Pertama sekali ingin diucapkan Selamat bermuktamar kepada semua kepimpinan Pas dan ahli serta kelab penyokong PAS. PAS kini sudah menjadi sebuah badan parti politik yang cukup matang. Bukan sahaja ahli dikalangan Melayu Islam, bahkan PAS kini telah diminati dari bangsa dan agama lain.
Dulunya PAS lebih dikenali dengan hududnya atau dikira parti untuk Pak Lebai. Pas telah menempuhi zamannya dengan penuh peristiwa manis dan pahit. Dengan istiqomah yang ada kepada kepimpinan dan ahlinya, PAS kini sudah berada dipuncak kegemilangan.
Parti Islam Semalaysia PAS bukan sahaja dipimpin oleh golongan Ulama, bahkan terdapat ramai dikalangan ahli dan kepimpinan yang ada dari golongan Profesional. Golongan ini telah berjinak dan ingin mendekati sebuah parti yang dipimpin oleh Ulama. Hasilnya golongan professional ini sedikit sebanyak dapat mempelajari dan mendekati ulama.
Bila kita mendengar ceramah-ceramah yang pidatonya dari golongan Professional ini, kita tidak dapat membezakan samada ia dari berkelulusan Al-Azhar atau mana-mana Universiti Islam mahupun dari pengajian pondok. Mereka boleh membaca dan mengupas potongan ayat Al-Quran, Hadis, dan mengupas soal hukum hakam Islam.
PAS telah berjaya menarik golongan seperti ini. Kini, PAS telah berjaya menarik kaum lain untuk mendekati dan memahami konsep dan isi parti. Maka wujud kumpulan kelab Penyokong Pas yang menggunakan slogan 'Pas For All'.
PAS diduga dengan bermacam-macam tuduhan, pengkhianatan, dan lain-lain lagi. Kebijaksanaan kepimpinan PAS telah berjaya menepis semua itu dengan penuh berhikmah. Ini bezanya parti yang bertunjangkan Agama. Segala dugaan, segera kembali kepada yang Maha Pencipta.
PAS cuba untuk bekerjasama dengan kumpulan monarki, tetapi akhirnya dikhianati. Kumpulan Monarki ini dari Bahasa, Bangsa dan Agama yang sama. PAS ditendang keluar. Tidak hairanlah kenapa Tuan Guru Nik Aziz tidak sesekali mahu kembali kepada kumpulan ini.
Kini PAS telah diterima semua kaum dan agama. DAP terkenal dengan Parti Cinanya telah bergabung bersama PAS dan PKR. Kesemua label yang diberikan kepada PAS, DAP dan PKR, telah berjaya dilenyapkan dengan kerjasama yang dinamakan Pakatan Rakyat. Akhirnya PAS telah menguasai 3 buah negeri , Kelantan, Kedah dan Perak. DAP memerintah Pulau Pinang manakala PKR berjaya merampas Selangor. Kejayaan ini bukanlah kejayaan sebuah parti, Ini adalah hasil usaha kerjasama dan titik kefahaman antara 3 Parti yang dipimpin oleh tokoh yang berpengalaman Tuan Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang, dan Dato' Seri Anwar.
Kerjasama ini amat menarik dan telah merubah senario politik Malaysia. Slogan Ketuanan Rakyat yang dipopularkan oleh DSAI telah berjaya menarik minat hampir separuh rakyat di Semenanjung Malaysia.
Akhirnya kerjasama dan ketaatan kepada kepimpinan dari Pakatan Rakyat telah diuji dengan begitu hebat. Jatuhnya Kerajaan Perak yang dilakukan oleh kumpulan Monarki ini, telah banyak membuka mata dari semua golongan. Rakyat khususnya dapat menilai siapakah yang benar-benar gilakan kuasa dan siapakah yang benar ikhlas dalam pemerintahan. Rakyat yang tidak tahu menahu soal perlembagaan, kini rakyat telah membaca dan memahami isi perlembagaan. Rakyat tidak tahu menahu batas-batas kuasa Sultan, Menteri Besar, Speaker dan Undang-Undang tubuh negeri, kini rakyat membaca dan memahaminya. Semua ini ada hikmahnya.
Paling penting dilihat bagaimana kempimpinan DAP dan PKR bertungkus lumus dan berkorban mempertahankan MB Perak dari PAS Dato' Seri Ir. Nizar. Semangat setiakawan dan setia kepada kepimpinan ditunjukkan di Negeri Perak ini yang amat ditakuti oleh kumpulan Monarki.
Semangat setiakawan ini yang harus dikekalkan dalam Pakatan Rakyat. Baik PAS, DAP, dan PKR perlu memahami dan bertolak ansur serta bijaksana dalam menangani isu diantara parti.
Pas lebih dilihat matang dalam berpolitik. Gabungan golongan Ulama dan Professional ini menjadikan pas sebuah parti tunjang utama dalam Pakatan Rakyat. Tidak perlu behujah golongan Ulama perlu diutamakan dan golongan Professional tidak layak memimpin parti. Bukankah ini akan merugikan PAS di masa akan datang? Di Perak, Dato' Seri Ir. Nizar boleh memerintah tanpa adanya perlakuan kronisme dan rasuah. Boleh bersederhana dan mengutamakan rakyat di bawah pemerintahannya. Apa buruknya jika golongan professional ini menduduki tempat kepimpinan di dalam PAS ? Rangka di dalam Parti PAS itu sendiri secara automatiknya dapat mengawal segala tindak tanduk dan keputusan kepimpinan yang di tentukan oleh Majlis Ulama PAS itu sendiri.
Diharapkan Muktamar PAS kali ini, segala keputusan dari perwakilan dapat dinilai dengan sebijak-bijaknya. Disinilah permulaan bagi PAS untuk membentuk sebuah parti yang mendapat tempat di hati setiap kaum, dan agama baik dari golongan Ulama atau Professional.
Selamat Bersidang .....
Nota : "Gugurkan Ular Dalam Semak dan Naikkan Ulama"
~~Sumber http://inflakastablog.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan