Selasa, 16 Jun 2009

SAIFUL BUKHARI RISAU BAHAN BUKTI BELIAU DIROSAKKAN OLEH ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

PERBICARAAN Kes liwat melibatkan DS Anwar terhadap Saiful Bukhari Azlan akan didengar di mahkamah pada 01 Jul ini. Sebagai persediaan membela diri, pihak peguam DS Anwar telah memohon melalui mahkamah agar pihak pendakwa dapat mengemukakan bahan bukti berupa dokumen-dokumen termasuk CCTV berkaitan pertuduhan tersebut. Mahkamah akan menetapkan pada 22 Jun ini samada permohonan pihak pembela DS Anwar dibenarkan atau tidak. Mudah-mudahan DS Anwar diberi ruang secukupnya untuk membela diri beliau, begitu juga Saiful berhak diberi peluang untuk membuktikan tuduhannya.

Saiful Bukhari Azlan, seorang pemuda yang disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Pusrawi yang pernah memeriksa beliau bahawa tiada kesan liwat berlaku ke atasnya, pemuda ini di dalam blognya telah menyuarakan kebimbangan tentang dokumen-dokumen atau bahan bukti tersebut sekiranya diserahkan kepada pihak pembelaan. Petikan kenyataan beliau adalah seperti berikut:

"Walhal menurut maklumat yang saya terima segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya yang jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi pihak DPP dan Polis akan melayan permintaan-permintaan yang keterlaluan mereka itu. Apakah jaminan jika bukti asal diberi ia tidak akan diubah/dirosakkan? Belum pernah dalam mana-mana perbicaraan pihak pendakwaan menyerahkan BUKTI ASAL dan keterangan-keterangan saksi sebelum hari perbicaraan dimulakan tetapi menurut definisi ''KEADILAN'' pihak mereka, ia perlu diberi." /Mohdsaiful Bukhari.blogspot

Sebenarnya, Saiful tidak sepatutnya risau jika dia yakin dia betul dan yakin bahawa duburnya memang pernah diliwat. Mengapa khuatir pada bahan-bahan bukti tersebut, adakah pihak pendakwa sebodoh itu untuk tidak menentukan keselamatan dan kesahihan bahan bukti itu nanti? Benarkah tidak pernah berlaku dalam sejarah perbicaraan permintaan seperti yang dilakukan oleh pihak pembelaan DS Anwar itu? Bukti yang paling kuat yang patut Saiful jaga dan tentukan dalam keadaan `selamat' adalah duburnya, kesan, DNA termasuk juga laporan perubatan yang sahihnya bukan laporan perubatan dari Pusrawi itu. Itu bukti penting dan nasihat saya, kalau boleh jangan makan tidak tentu pasal dikhuatiri nanti Saiful mendapat sembelit dan mungkin mencacatkan sedikit ruang duburnya.

Tentang kebenaran, semua pihak mahukan kebenaran bukan cerita dongengan kerana rakyat sudah terlalu jelik dan jemu dengan cerita dongeng kisah liwat ini. Bukan sahaja Saiful yang tidak sabar untuk menanti perbicaraan, malah rakyat juga lebih-lebih lagi tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya ini. Jika dahulu, rakyat disajikan dengan usungan tilam bertompok air mani, kali ini mungkin rakyat disajikan dengan situasi yang berbeza. Mungkin kali ini mahkamah akan melihat laporan dari kesan-kesan luka, calar atau lebam sewaktu Saiful berusaha melawan keganasan si peliwat itu iaitu seorang tua yang sedang sakit pinggang. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. in the 1st place pertuduhan & perbicaraan ini tak patut wujud. Ini masaalah peribadi saiful & anwar. Kalau betul anwar meliwat dia, hanya Tuhan tahu apa perasaan saiful 1st time kena liwat ... syok ke, etc. Rela kot. Lepas bebrapa kali baru la nak rasa marah2.

    imagine pompuan suci yg 1st time kena rogol ... mesti nangis & tertekan. Tapi saiful tak lah lemah mcm pompuan sebab dia lelaki.

    BalasPadam