Selasa, 9 Jun 2009

TIDAK HORMAT KERAJAAN? KERAJAAN PERPADUAN PULA BAGAIMANA?

PAS tidak hormat kerajaan yang 'belakangkan' perlembagaan negara

PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini (7 Mei).

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Sebelum ini beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkap polis semasa berada berhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam. Sehari sebelum itu, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu turut ditangkap. - azm _

~~Sumber Harakahdaily

Ulasan saya - Itu Duluuuuuuu......................


9 ulasan:

  1. prk nak bercakap ttg keadilan,tetapi diri sendiri berpaksikan perlembagaan sekular ciptaan yahudi.pemimpin pkr ramai yg islam,tp lansung tak menghormati alquran dan hadis.lebih mengagongkan ideologi sekular ciptaan yahudi sebagai perlembagaan parti.bubarlah parti pkr tu dan berjuang bersama-sama pas memartabatkan alquran dan hadis.

    BalasPadam
  2. mana pendirian pkr terhadap sisters in islam.kenapa bersekongkol dgn dap trhadap usul mengharamkan sis.dah jelas dan terang sis menghina islam.pkr mengaku beragama islam,bercakap berapi-rapi ttg keadilan,ttapi menyokong gerakan anti-islam.inila akibatnya bila perjuangan berpaksikan agenda sekular yahudi dan human right barat.

    BalasPadam
  3. pkr tak sepatutnya bersekongkol dgn dap membela sisters in islam.knapa bekerjasama dgn dap atas isu membela golongan yg menghina islam.apa perjuangan pkr yg sebenarnya.kenapa ahli pkr kecut utk menegur pemimpin sendiri

    BalasPadam
  4. Wah!! Ada juga ejen Umno di sini....kita layan je ok....dia takut sungguh kalau kita gagalkan hasrat Kerajaan Perpaduan oleh Pas itu...sebab Umno sudah tidak releven lagi....macam lah Umno tu sokong hudud sangat...piiiraahhhhh.....

    BalasPadam
  5. hebat sungguh lakonan pkr ni.mmg hebat.kononnya menyokong hudud tapi dlm masa yg sama menyokong sisters in islam yg jelas menghina islam.hebat sungguh lakonan perjuangan pkr ni.isu agama bukan isu main2 beb.jgn tikam pas dr blakang.mmg jelas munafik.kononnya menyokong islam,rupa-rupanya anti islam.masuklah pas.sama-sama berjuang menegakkan alquran dan hadis.pkr dan umno sama je 2x5

    BalasPadam
  6. kalau pkr ngan umno tu sama, maknanya presiden pas tu bodoh la yer nak bekerjasama ngan pkr...hehehe...pastu nk kerjasama plak ngan dap...sebenarnya org cam ko ni le yg bodoh...presiden ko cerdik...

    BalasPadam
  7. pkr terhegeh-hegeh memebela gerakan anti islam.takut undi org bukan islam tidak lagi berpihak pd parti ni.lebih mementingkan undi drpd islam.tak menghormati pas.pimpinan pkr dan ahli pkr yg bodoh kerana berpaksikan ideologi sekular sedangkan mengaku islam.soal agama bukan soal main-main.sekian.terima kasih

    BalasPadam
  8. pkr terhegeh-hegeh memebela gerakan anti islam.takut undi org bukan islam tidak lagi berpihak pd parti ni.lebih mementingkan undi drpd membela islam.tak menghormati pas.pimpinan pkr dan ahli pkr yg bodoh kerana berpaksikan ideologi sekular sedangkan mengaku islam.soal agama bukan soal main-main.sekian.terima kasih

    BalasPadam
  9. Yg terhegeh2 jumpa Umno bila PR tawan Sgor tu sape yer...hehehe...siap tawaran bleh jadi MB Sgor plak kalau setuju gabung ngan Umno. Bila berbaik ngan Umno tu maknanya sokong juga la sister In Islam tu...ape la bodoh sgt ko ni...PKR parti yg ahli2nya bukan 100% Islam jadi tidak timbul kenapa dasar parti tidak menyebut dasar seperti Pas. Yg penting PKR sokong Pas, tetapi Pas pulak terhegeh2 nk sokong parti Umno yg mungkin Pas ingat Umno ni sokong Islam kot....itu pun takleh fikir ke...

    BalasPadam