Rabu, 24 Jun 2009

Umno Anggap Rakyat Bodoh

Posted on Tuesday, June 23 @ 03:00:00 MYT by Paktam

Oleh Zolkharnain Abidin

“Generasi muda adalah harapan kita, tetapi lihatlah keputusan saluran-saluran peti undi yang mewakili mereka sudah tidak lagi memihak kepada BN. Mereka lebih percaya kepada hidangan propaganda-propaganda pembangkang melalui media baru yang menyajikan segala bentuk tuduhan, fitnah, cacian, sehinggakan semua itu dianggap suatu kebenaran” – Mahathir. Baca sini.Gambar yang terpapar di atas ihsan jinggo’s Fotopages dan berkaitan dengan ucapan tersebut. Lihat sini.

Umno sehingga kini masih menganggap apa yang didedahkan mengenai keburukan mereka sebagai ‘bohong’. Mereka menganggap rakyat yang mempercayai pendedahan mengenai keburukan Umno adalah mempercayai pembohongan. Dua perkara. Pertama, Umno tidak menganggap perkara salah yang dilakukannya sebagai salah. Apabila didedahkan perbuatan itu sebagai salah, Umno kata pendedahan itu adalah bohong. Kedua, Umno memperbodohkan orang yang mempercayai pendedahan itu. Baginya orang yang mempercayai pendedahan mengenai Umno sebagai bodoh kerana mempercayai pembohongan.

Apabila Umno tidak berasa bersalah dengan kesalahan yang dilakukannya, maka perkara yang salah itu terus dilakukan. Hasilnya, rakyat membenci Umno sebab rakyat tahu apa yang dibuat Umno itu adalah salah.PPSMI misalnya. Umno tidak menganggap itu sebagai salah. Baginya sesiapa yang bercerita mengenai keburukan PPSMI adalah pembohong. Lantas PPSMI dikekalkan. Apabila rakyat marah kepada Umno atas isu PPSMI, Umno akan berkata rakyat percaya kepada pembohongan. Adakah rakyat bodoh pada pandangan Umno? Adakah pendedahan mengenai PPSMI adalah bohong? Kalau Umno percaya bahawa pendedahan mengenai PPSMI adalah bohong, maka Umno perlu menyalahkan dirinya sendiri apabila rakyat tidak mengundinya lagi.

Sama seperti ISA. Umno mempertahankan ISA kerana menganggap pendedahan mengenai ISA adalah pembohongan. Rakyat pula semakin bencikan ISA. Bila ISA dibenci dan Umno mempertahankan ISA, maka rakyat turut membenci Umno. Kebencian itu diterjemahkan di dalam peti-peti undi. Adakah Umno masih menganggap pendedahan mengenai keburukan ISA adalah pembohongan?Sepatutnya Umno mendengar keluhan dan kritikan rakyat dan bukan menganggap kritikan dan keluhan itu sebagai bodoh. Umno tidak boleh menganggap pendedahan mengenai kesalahannya sebagai bohong. Menafikan kesalahan sendiri adalah tindakan tidak bermoral.

Mengapa lidah Umno begitu keras untuk mengakui kesalahannya sendiri?Umno boleh terus menganggap pendedahan mengenai kebobrokan mereka sebagai bohong. Parti itu boleh menganggap kepercayaan rakyat kepada pendedahan itu sebagai mempercayai pembohongan. Tetapi Umno perlu ingat, ramai rakyat di bawah ini yang lebih cerdik daripada pemimpin Umno yang di atas itu.Takkan orang yang sebegitu cerdik dengan begitu mudah akan mempercayai ‘pembohongan’./detikdaily

2 ulasan:

  1. Orang melayu/Islam harus sedar PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

    Perjuangan PAS hari ini se mata2 untuk berkuasa. Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya ber cita2 untuk ke Putera Jaya.

    Perjuangan Islam dalam PAS sudah terkubur apabila PAS sanggup bersengkokol dengan DAP.

    DAP serpihan dari PAP yang memerintah Singapura sekarang. Prinsif parti itu ialah menyamaratakan semua kaum dan bangsa.

    Tetapi lihat sekarang, apa dah jadi kepada melayu Singapura, melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politiknya secara total.

    BalasPadam
  2. Memang la masuk politik nak berkuasa...apa la bodoh punya orang ckp ni. Dengan kuasalah kita boleh laksanakan dasar. Umno dapat kuasa la yg dia buat macam2 kat rakyat tapi rakyat dah meluat dgn dasar Umno sekarang. Pas Kelantan dah lama berbaik dgn DAP, tetapi kenapa di Kelantan tidak pulak jadi cam Singapura? Yang Umno ni pulak kena tipu je ngan Singapura apsal? Mmg dah tak pandai memerintah itulah jadinya...kena tipu dek org jer. Nak selamatkan pulau sebutir tu pun tak mampu....cehhh...hilang Pulau Batu Putih, kita dpt batu karang ...

    BalasPadam