Jumaat, 10 Julai 2009

AKTA ISA LEBIH TERUK DARI `MENATE BERUK' ?


Nik Aziz: ISA lebih teruk daripada 'binatang'
Jul 10, 09 1:39pm
Menjawab serangan terhadap ucapannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah "binatang".

"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu," kata menteri besar Kelantan kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat, termasuk binatang atau "menate" dalam loghat Kelantan dalam satu majlis ceramah di Manek Urai dua malam lalu.

Nik Abdul Aziz, yang juga mursyidul am PAS, juga berkata beliau tidak berminat menjawab cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan perdana menteri berhubung isu dasar Islam PAS.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, beliau tidak mahu melayan sebarang cabaran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab surat rasmi beliau mempelawa perdana menteri berdebat dengannya secara terbuka.

"Saya tak (berminat) nak jawab segala cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan presiden Umno (Muhyiddin) itu kerana surat pelawaan saya untuk berjumpa dan mengadakan perdebatan dengan PM tidak dijawab," Nik Aziz dipetik berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang mencabarnya membuktikan dakwaannya bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam.

Ketika menyampaikan ceramah dalam kawasan pilihanraya kecil DUN tersebut dua malam lalu, Muhyiddin dipetik berkata, fakta membuktikan bahawa Umno sejak penubuhannya pada 1946 terlebih dahulu memperjuangkan Islam daripada PAS dengan mengusahakan
kemerdekaan negara, yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Ambo (saya) tak akan jawab selagi dia tak jawab surat ambo, lagipun apa yang dia faham lain, apa yang ambo faham lain," kata Nik Abdul Aziz lagi./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. umno kata kat PAS dan PAS kata kat UMNO, semuanya pentas bangsawan cerita Manik Urai. Siapa yang betul siapa yang salah. Nak tahu betul tanya kawan nak tahu salah tanya lawan, yang ternganga mulut, kempis perut terloncat-loncat macam kera kena belacan rakyat biasa. Pemimpin datang pemimpin pergi, perut bertambah buncit, rumah bertambah besar,wang bergudang-gudang, itulah realiti politik masa kini.

    BalasPadam
  2. anda boleh pegi jauh jauh pemgomen diatas.
    anda salah saorang pejuang komunis.tak reti pejuangan langsun..
    pegi lah belajar benyak wahai komunis...

    BalasPadam
  3. sapa beruk di sini....nate pange.

    BalasPadam