Rabu, 29 Julai 2009

BLOG t4tbh TERBONGKAR?

Tuesday, July 28, 2009

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Sejak akhir-akhir ini hampir semua media yang dikira pro Umno membuat promosi besar-besaran terhadap laman blog yang diwujudkan khas selepas kematian Teoh Beng Hock.

Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.

Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.

Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.

Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.

"Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya...dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh," tulis satu blog./

3 ulasan:

  1. Orang ni sungguh tak beretika menyiarkan maklumat dari komputer peribadi tanpa izin pemilik. Tak mungkin dapat izin pun sebab pemilik dah meninggal. Dah tu maklumat ditokok tambah pulak.

    BalasPadam
  2. sbb tek beretika tu la dia siar....

    BalasPadam
  3. itu malaun yg buek tak senonoh tu bile mau goal dah???

    BalasPadam