Khamis, 23 Julai 2009

CERAMAH ULUNG CHUA JUI MING - 323 AHLI MCA SG BESAR AKAN MENYUSUL

Rabu, 2009 Julai 22








Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong Parti Pakatan Rakyat (PKR) di Kuala Selangor.

Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh Barisan Nasional.
Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa pengharapan baru kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR.

“ Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.

“Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju. “Institut Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR. “Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR.

“Kes sodomi Datuk Anwar juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda. Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua,”katanya. Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR. Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut.

“Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaumkita semua mankan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia. Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR , adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang dibenar dihukum.

“Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta. “Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa . Sama seperti pemerintahan di zaman gila. “Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati,”katanya.

Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untutk membawa harapan baru kepada kawasan itu. “Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat. Beliau berkata harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional. “sudah hampir empat tahun dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untukmenwujudkan kekuatan.

“Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini.Saya ambil sebagai contoh langkah yang tela di sebut oleh Datuk Chua,” katanya./
Sumber: Bisobona.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Tak faham apa yang nak dibawa oleh UMNO masa kini,Ku li juga telah menunjukkan reaksi bagaikan ada yang tak kena pada UMNO masa kini. namun masih ramai bijak pandai yang masih tidak nampak kesilapan terang-terangan UMNO. bangkit dari tidur mu, jangan jadikan segulung merrit yang digenggam itu sebagai kertas yang tiada nilainya. barah yang ada patut dibuang jangan sampai ia merebak. jangan pulak tak tau cara nak buang barah itu, kalau itu jawapannya maka tak bergunalah watikah yang digenggam selama ini.

    BalasPadam