Jumaat, 10 Julai 2009

KES ANWAR BIKIN KONSPIRATOR SERBA SALAH

Isu Liwat - Kebangkitan Rakyat Tolak Umno/Bn
Posted on Thursday, July 09 @ 14:12:00 MYT by Paktam

Oleh : Pembela

Malam kelmarin (7 Julai) saya dan beberapa teman bersempatan hadir di dalamGo to fullsize image program penjelasan isu lewat Anwar Ibrahim yang dianjurkan oleh PKR Kedah. Ia diadakan secara tertutup untuk kepimpinan parti-parti politik di peringkat akar umbi dari parti PAS-PKR-DAP dan beberapa NGO.

Para hadirin telah diberi taklimat oleh tiga orang penceramah iaiatu YB Ahmad Kassim, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, MP Sungai Petani dan pegumabela Anwar iaiatu saudaraSaiful.

Berdasarkan penerangan yang berikan oleh ketiga-tiga tokoh tersebut, bolehlah saya membuat kesimpulan bahawa isu liwat ini kepada beberapa perkara,

Pertama - Isu liwat yang dikaitkan dengan DSAI adalah suatu konspirasi berprofil tinggi oleh Umno/Bn untuk memusnahkan kerjaya politik DSAI.

Kedua - Untuk melemahkan kedudukan PR.

Ketiga - Mengalih fokus dan isu-isu lain dari perhatian rakyat, khususnya yang melibatkan kepincangan dilakukan oleh Bn/Umno

Keempat - Serang psikologi secara langsung ke atas DSAI

Walaupun umum ketahui bahawa beban bukti pihak yang menuduh tidaklah sekuat mana dan meragukan, namun proses prosiding mahkamah tetap diteruskan juga. Tujuan pihak menuduh ataupun pendakwaraya kes ini sukar dibaca dan dimergertikan secara tepat. Tetapi jika tujuan tersebut dibaca disebalik kehendak politik, jelaslah keempat-empat perkara di atas ada kebenarannya.

Perkara paling menarik untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang mengikuti perkembangan isu liwat ini ingin tahu ialah keputusan para hakim dalam kes ini. Bagi saya hanya ada dua jenis keputusan saja yang akan di buat oleh para hakim, aiitu, pertama, Anwar didapati bersalah dan keduanya Anwar tidak didapati bersalah.

Jika hakim mensabitkan dakwaan bahawa Anwar didapati bersalah sudah pasti keputusan yang di buat oleh hakim akan terus dipertikaikan bukan sahaja oleh pelaku politik tanah air malah melibatkan rakyat, khususnya penyokong DSAI dan PR. Ia sekali lagi mengheret institusi kehakiman ke kancah politik yang berakhir dengan ketidakpercayaan rakyat terhadapnya. Walaupun hukuman di atas kesalahan itu dibayar dengan ‘Penjara’ oleh insan bernama Anwar, namun pemenjaraan Anwar tidak mampu untuk memenjara kebangkitan rakyat yang pastinay semakin membenci Umno/Bn.

Pastinya PRU 13 akan datang rakyat terbanyak akan membuat perhitungan di atas kezaliman pemerintah Umno/Bn. Sesungguhnya ia amat menakutkan Umno/Bn itu sendiri.

Sebaliknya, jika keputusan hakim nanti bahawa Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan, bagaimana Umno/Bn nak letak muka mereka terutamanya pemain-pemain yang terlibat secara langsung dalam konspirasi ini. Pembebasan Anwar dari kes ini sudah pasti melonjak kebangkitan rakyat menolak Umno/Bn. Ia pasti mengukuhkan lagi kebencian rakyat yang berfikiran waras terhadap Umno/Bn. Ia juga meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa satu konspirasi berprofil tinggi oleh mereka yang bacul dan takutkan kepada pengaruh Anwar. Begitu juga Saiful Bukhari, ikon kes isu liwat ini, ia pastinya hidup dalam keadaan yang amat tertekan yang mungkin boleh menjadi gila dan merana sepanjang hayat. .

Namun, kita sama-samalah menunggu proses perbicaraan kes ini diadakan nanti. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Yang Maha Berkuasa supaya kes ini menjadi senjata makan diri Umno/Bn dan pemain-pemainnya./Detikdaily

2 ulasan:

  1. mereka merancang Allah merancang.....perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.....spt kes Altantuya....mereka seronok sgt mendapat komisyen (rasuah) dari pembelian kapal selam....tetapi Allah telah mengujudkan Altantuya dlm urusan mereka.....dan mengujudkan sifat tamak didlm diri mereka.....sifat mazmumah ni lebih kuat lagi jika perbuatan yg salah dilakukan.....mereka bercadang nak hapuskan Altantuya dan bukti2nya....tetapi Allah menggerakkan hati A;tantuya utk membawa sepupunya sekali ke Malaysia......dan Allah mengadakan kesilapan dlm perancangan mereka disebabkan kegelojohan mereka......sehingga terlupakan kehadiran sepupu Altantuya itu......Ummph Nooooo

    BalasPadam
  2. itu sebab orang jepun tak makan benda busuk...belacan...tempoyak..cincaluk sebab takut hati pun busuk

    BalasPadam