Selasa, 7 Julai 2009

KES ANWAR - WAKIL PAHANG DAILY HADIR


Cucumatkilau Wakili PDO Hadir Kes Anwar

Berikutan dengan kes perbicaraan "liwat" yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok (8 Julai 2009), kami telah memberi kebenaran kepada Blogger Cucumatkilau untuk hadir membuat liputan perjalanan kes dan senario yang bakal berlaku di mahkamah. Kami difahamkan puak-puak Blogger Pembela Negara (foto), juga akan hadir beramai-ramai kononnya untuk memberi sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan dalam kes ini esok. Bahkan mereka juga dikatakan telah mengajak seberapa ramai puak-puak mereka untuk hadir bagi menyatakan sokongan mereka.

Persoalannya sokongan apakah yang mahu dinyatakan sebenarnya?. Terbukti puak-puak BPN ini semakin "kalut" dan "tidak mahu berpijak di bumi yang nyata". Sudah terang lagi bersuluh bahawa, Saiful disahkan "masih teruna serta suci" oleh tiga orang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (milik kerajaan UMNO dan BN sendiri). Makanya ia jelas membuktikan yang tidak ada asas dan prima facie yang jelas bagi meneruskan perbicaraan serta pendakwaan terhadap Anwar dalam kes ini sebenarnya. Namun, dek kerana "kebebalan, kedangkalan dan kebodohan" puak-puak Blogger Pembela Negara maka mereka masih tergamak untuk membela "jantan sial" seperti Saiful Bukhari Azlan itu. I

Inilah malangnya nasib puak-puak BPN, kerana terpaksa membela dan menyokong sesuatu isu tanpa asas dan alasan yang kukuh. Malah, mereka juga ternyata gagal untuk menjiwai serta memperhalusi segala kejadian yang berlaku itu dengan menggunakan akal fikiran serta otak yang telah dikurniakan oleh Allah Taala. Akhirnya jadilah mereka seperti "pak turut" yang hanya mengikut segala apa yang diarahkan tanpa mahu memikirkan segala isu itu dengan hati yang terbuka. / Sumber:~http://pahangdaily.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan