Jumaat, 17 Julai 2009

KES MATI DI BANGUNAN SPRM DAN KES LIWAT - ULASAN ANWAR

Keghairahan SPRM Mengundang Padah

Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.

Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!

Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.

Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?

Keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.

Ramai yang melihat keputusan tersebut merupakan petanda positif, namun pengalaman difitnah lebih 10 tahun lalu seraya mengingatkan saya agar sentiasa berwaspada. Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi./Anwaribrahim.blog

1 ulasan:

  1. Satu persatu orang pakatan rakyat yang sah rakyat malaysia menerima bala, bencara ,satu persatu melayu umno membuat kejahatan tetapi bangsa melayu bacul untuk bertindak. apakah kita masih nak berdiam diri. pemimpin pakatan hanya setakat memberi ucapan kepada media yang memang sah tidak boleh di percayai, tidak lain dari pada itu. kejahatan polis menjadi barua barisan ansional kita telah nampak tapi kita diam, kejahatan SPRM menjadi barua umno kita nampak tetapi pemimpin kita diam, kejahatan jabatan-jabatan kerajaan menjadi barua umno terang lagi bersuluh tetapi pemimpin pakatan hanya setakat berani membuat kenyataan akhbar mengutuk sana mengutuk sini. sama seperti anjing menyalak bukit. sedangkan pemimpin umno buat pekak telinga. pemimpin keadilan yang ada sekarang hanya setakat mengheret telor ke hulu ke hilir. takut hilang jawatan adun. atau jawatan di dalam parti. mengekor -mengampu ponggong anwar sahaja. pemimpin keadilan sekarang bukan dan tidak seperti era reformasi yang berani kerana benar. memang sah lah bangsa melayu adalah bangsa yang bacul. hanya setakat berani melalak dalam internet dengan mengunaskan nama samaran sahaja. yukkk tuiiiii.

    BalasPadam