Blogger

Isnin, 6 Julai 2009

TOK PA KENA BANYAK MENGAJI LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia. "Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala."
(http://www.agendadaily.com/cmspreviewcontent.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_490292cd-7f000010-96478e00-b2f14443)

PETIKAN di atas adalah kata-kata dari Datuk Mustapha Mohamed, Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Manek Urai saya jadikan mukaddimah tulisan ini. Persoalan saya pada Tok Pa, berpahala atau tidak jika kita melihat benda-benda yang baik dan mulia? Berpahala atau tidak jika kita melihat wajah kedua-dua orang tua kita? Berpahala atau tidak jika kita melihat wajah para alim Ulamak atau guru-guru yang mendidik kita? Jika beliau tidak boleh menjawabnya, maka saya rasa beliau bukan anak Kelantan jati. Setahu saya anak Kelantan kebanyakannya mempunyai asas agama dan tahu menjawab persoalan saya tadi. Sebaliknya jika Tok Pa menjawab tiada berpahala melihat wajah sesiapa pun, saya cadangkan Tok Pa meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti, baliklah ke kampung untuk mengaji semula.

Nasib baik Umno tidak menang di dalam beberapa pilihanraya umum sebelum ini di Kelantan. Jika tidak, bayangkan Kelantan dipimpin oleh MB seperti Tok Pa yang begitu sekali ilmu agamanya. Kita bukan hendak memperlekehkan ilmu agama Tok Pa, tetapi sekiranya kita rasa kita jahil dan tidak tahu, kita hendaklah bertanya atau mengaji. Jangan kita pandai-pandai bercakap kerana elok-elok orang tidak tahu kita jahil, bila kita bercakap memang comfirm kita ni jahil. Itulah salah satu sebab mengapa Umno begitu takut untuk berdebat soal agama dengan Pas kerana inilah tahap mentaliti yang ada pada pemimpin Umno. Mereka berhujah dalam soal agama berpandukan akal mereka semata-mata.

Jika Tok Pa berkata beliau dah banyak baca kitab dan tidak berjumpa tentang nas mengatakan melihat wajah seseorang seperti yang saya sebutkan di atas tadi boleh berpahala, saya yakin Tok Pa cuma baca kitab `Al-Islam Hadhari' . Sah, memang tidak akan jumpa. Jika hendak tahu di mana kitab yang menyebut bahawa memandang wajah kedua ibu bapa dan para alim ulamak itu berpahala, maka saya nasihatkan Tok Pa tidak perlu pergi belajat sampai ke Universiti Al-Azhar atau Madinah, memadai bertanya Ketua Cawangan Pas di Manek Urai pun mereka akan terangkan pada Tok Pa. Jangan bertanya pada Ustazah Mashitah pula, nanti dia kata `jika dharurat, baru boleh berpahala'. Dan, jangan berani-berani bertanya pada Ustaz Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara kerana saya khuatir Tok Pa akan disepaknya. Maklumlah, sedangkan peti undi yang keras itu pun disepak oleh bekas Tok Imam tersebut semasa di Permatang Pauh beberapa tahun dahulu.

Akhir kalam dari saya, Tok Pa harus berhati-hati bila bercakap dalam bab agama di Kelantan ini. Jika Tok Pa bercakap sedemikian di depan Najib atau Mahyudin mereka mungkin menganggap Tok Pa memang seorang ilmuan agama. Justeru itu, Tok Pa lebih baik dan afdhal berdiam diri kerana berdiam pun orang sudah tahu kejahilan Tok Pa, bercakap pula lebih lagi orang tahu./ wfauzdin.blogspot.com
WFAUZDIN NS di 1:57 PG

11 ulasan:

  1. Mohd Naim6 Julai 2009 pada 9:15 PG

    boleh kah saudara nyatakan nas atau kitab mana yg bertahu tengok gambar alim ulama atau tok guru kita yg dapat pahala ? maaf sebab saya tak tahu..harap saudara dapat tunjukkan utk memudahkan saya menjelaskan kepada org lain isu ini...

    kalau tengok wajah ibu bapa dn perasaan simpati itu ya, saya pernah dengar pula tengok gambar..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  2. mosabit6 Julai 2009 pada 12:50 PTG

    Apa nak buat?....
    Pasal pemimpin UMNgOk ni kijer dia suka tengok wajah artis...lepas tengok mungkin ada artis akan dapat 'KEPALA' dari pemimpin UMNgOk tu?
    Boleh gitu???...kah kah kah kah ..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  3. mosabit6 Julai 2009 pada 12:56 PTG

    Salam untuk Mohd Naim...
    Apa kata kalau kita tengok gambar artis bogel?...dapat dosa ker?.....ala tengok gambar jer.. takkan dosa ?...bukan tengok secara life.....
    Mana gaya tu?..
    Sapa nak jawab kemusykilan aku tu??

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  4. mosabit6 Julai 2009 pada 1:00 PTG

    Salam untuk Mohd Naim ...
    Sori lah Mohd Naim..kita kongsi kemusykilan...
    aku cilokkan ko maklumat ni....

    TO ALL MUSLIM BROTHERS

    FATWA – Saudi Council Of Muftis have given an unanimous Fatwa,
    “ Ring tones on QURAN AYAT” are haraam. Because the AYAAT are not complete when we pick up the phone and the meaning of the AYAAT change when they are no complete. QURAN is for HIDAYAH and are not for “RING TONES”.
    Please inform all aur Muslim brothers and sisters as well be advised.

    Don’t say “MOSQUE”, always say “MASJID”. Because Islamic Organizations have found as “MOSQUE = MOSQUTTOES”.
    Don’t write “MECCA”. Always write correctly as “MAKKAH”
    because “MECCA = HOUSE OF WINES”.

    Don’t write “MOHD”. Always write completely as “MUHAMMAD” Because “MOHD = THE DOG WITH BIG MOUTH”.

    Forward this to many Muslims as you can.

    Ha yg ini kena tanya kerajaan Saudi....
    Wassalam..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  5. Mohd Naim6 Julai 2009 pada 1:02 PTG

    tak perlu saya jawab soalan saudara pun, saudara pasti susah tahu jawapanya..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  6. Tanpa Nama6 Julai 2009 pada 2:19 PTG

    Jika kita kiaskan kepada melihat gambar yg tidak baik adalah berdosa, maka apakah kiasnya jika kita melihat gambar2 yg baik lebih2 lagi gambar kedua ibu bapa dan para alim ulamak? Berdosa atau berpahala? Sbb itu agama ini berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias. Bukan semua perkara disebut di dalam Al-Quran, tetapi boleh didapati di dalam rujukan seperti yang saya sebut tadi.

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  7. Mohd Naim6 Julai 2009 pada 5:27 PTG

    lepas ni kita pakat-pakat buat patung besar ulama' pulak yea...lagi afdal..kalau gambar tu 2D jer..kalau patung 3D..mungkin pahala lebih kot...

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  8. zman7 Julai 2009 pada 12:26 PG

    Mohd Naim....aku kata bodoh kan marah pulak. Orang cerita pasal gambar dia cerita pasal patung. Lantak kau ler..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  9. Mohd Naim7 Julai 2009 pada 2:08 PTG

    aikk bukankah agama ini berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias ke? takkan tak boleh qiaskan gambar dgn patung kot ?? dua-dua pun menggambarkan org yang baik (ulama') jugak kan ? patung lagi real dari gambar..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  10. Tanpa Nama7 Julai 2009 pada 3:16 PTG

    jgn guna kias tanpa ilmu, kalau aku kiaskan ko Naim cam babi camne? Usik ko kena samak tak? Jgn jd bodoh ok...

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
  11. Abdul Malik Mansor7 Julai 2009 pada 8:54 PTG

    klo tengok gambar lucah berdosa. gambar2 yg boleh menjauhkan kita dari allah itu adalah makruh & berdosa..sbg lawannya klo tengok gambar2 yg baik lebih2 lagi gambar yg boleh dekatkan diri kita dgn allah spt gmbr ibu bapa. alim ulama.. guru2.. ia boleh mendatangkan pahala..

    BalasPadam
    Balasan
      Balas
Tambah ulasan
Muatkan lagi...

‹
›
Laman utama
Papar versi web

Mengenali Saya

Foto saya
WFAUZDIN NS
Sebarang pandangan atau ingin menghantar artikel anda, sila Emailkan kepada zek_riy@yahoo.com
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.