Isnin, 13 Julai 2009

UGUT USAHA TERAKHIR UMNO - DS ANWAR

Muhyiddin tabur janji berbentuk ugutan - Anwar
Zuharman MN
Mon | Jul 13, 09 | 2:19:41 pm MYT

KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap memperlekehkan rakyat Manek Urai apabila pelbagai janji pembangunan dilontarkan menerusi kempen mereka menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, menyelar tindakan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang membuat janji berbentuk ugutan yang bertentangan dengan undang-undang.

Anwar menegaskan, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai sepatutnya disalur mengikut keperluan semasa rakyat bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Kita mesti serius dalam hal ini dan rakyat mesti sedar dan faham. Saya minta SPRM menyiasat perkara ini. Mereka menabur janji seolah-olah rakyat Manek Urai bodoh, tidak punya harga diri. Dhaif sangat ke rakyat Manek Urai?� katanya.

Beliau berkata pada ceramah umumnya di kampung Peria dekat sini. Hadir sama Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lebih 5,000 penyokong turut mengikuti program tersebut.

Anwar berkata, isu pembangunan tidak lagi relevan, tetapi etika kepimpinan yang gagal diwujudkan Umno sehingga berlaku banyak penyelewengan wajar dilihat sebagai isu utama dan perlu diberi perhatian oleh rakyat.

Muhyidin melalui kempen PRK Dun Manek Urai berjanji akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai lama dan Manek Urai baru. Sebuah sekolah dan masjid juga turut dijanjikan dengan syarat pengundi memberi kemenangan kepada mereka.

Sementara itu Nik Aziz menyeru supaya pengundi Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan janji manis BN waktu pilihan raya memandangkan banyak projek rasmi dilancarkan sebelum inipun belum ditunaikan.

"Janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu masih belum tertunai sampai sekarang, hari ini tabur lagi janji baru.

�Selesai dulu janji lama sebelum membuat janji lain dengan rakyat. Lagipun BN sebagai kerajaan pusat bertanggungjawab membawa projek ke setiap negeri. Jadi tidak betul kalau undi BN baru boleh dapat projek,� jelasnya.

Umno-BN menjadikan isu pembangunan sebagai modal utama kempen mereka di manek Urai selain taraf pendidikan calon PAS dikatakan tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya sebagai seorang pemborong ikan. - mns_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan