Ahad, 2 Ogos 2009

ANTI ISA DICANTAS-PRO ISA DIBENARKAN- DIMANA KEADILAN DEMOKRASI PEMERINTAH

Saturday, August 1, 2009

KUALA LUMPUR-Lebih 20 ribu rakyat menyertai GMI yang di anjurkan hari ini.Malah ada yang mendakwa ianya mencapai sasaran 100,000 berdasarkan kumpulan yang berpecah di beberapa tempat di Kuala Lumpur.

Namun berlainan pula rancangan yang dianjurkan juga oleh pihak pro ISA yang disaat akhir menyertai perhimpunan.Jika perkara ini tidak di provokasi oleh puak pro ISA,sudah tentu perhimpunan ini akan berjalan aman.Polis menahan di 41 lelaki 37 wanita ditahan termasuk pelajar.

Menurut Menteri Di JPM Dato Nazri Aziz menyatakan bahawa selagi kerajaan Bn memerintah akta tersebut akan diteruskan.Para pemimpin Pakatan Rakyat DSAI,Presiden PAS Dato Hj Hadi Awang dan Pengerusi DAP Lim KIt Siang tidak dapat menyerahkan memorendum kepada Yang di Pertuan Agong, dan kemudiannya berpatah balik ke ibupejabat PAS di kuala Lumpur.

Namun dalam masa yang sama agak memeranjatkan apabila pihak polis membenarkan penasihat undang-undang yang pro ISA Mohd Khairul Azamdin, untuk terus melepasi pagar polis untuk menyerah memorendum ke pihak istana yang menyokong akta yang menahan tahanan tanpa bicara itu.


Menurut Salehuddin Ayub , memang kita merancang ini sejak sekian lama, namunia nya perhimpunan aman.Namun apabila ada pihak yang satu lagi cuba untuk masuk campur,polis mula memberi amaran yang menyaksikan bahawa kejadian ini cuba di provokasi untuk kepentingan kerajaan.


Sumber: wrlr.blogspot


Tiada ulasan:

Catat Ulasan