Ahad, 16 Ogos 2009

APA TUGAS TOK MUFTI DAN UMNO DI MESIR?

Rombongan Mufti Umno Kempen Di Mesir

Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya'.

AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak


YB Jamaludin Radzi dan YB Osman Jailu tersenyum lebar dapat makan angin bersama Mufti Perak di Mesir


Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.


Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang.

Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.
Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Destinasi : Mesir, Syria, Jordan

Sumber: http://ajijoi.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Aku hairan betul Mufti Perak ni. Kenapa hang tak join politik UMNO je....jadi ahli UMNO dan bertanding dalam pilihanraya. Hang ni Tok Mufti yang membusok nama institusi mufti yang dipandang mulai.Kenyataan Mufti Perak tu lebnih banyak memecahbelahkan orang Melayu dari bersikap menyatukan orang Melayu. Sudahlah Tok Mufti muhasabah diri le. Jadi ahli politik lebih baik dari jadi barua politik UMNO.

    BalasPadam
  2. si kulaan ini dah lama join, jangan buat-buat tak tahu, pernah jadi eksko, jawatan tersangkut sekejap, sekarang ...to be continue!!

    BalasPadam
  3. tok mufti mabuk habuan dunia,tak ada ke orang ameno nak sponsor tok mufti Harus ni pergi Thailand?

    BalasPadam
  4. Memang sah.. Harussani bukanlah mufti kpd kerajaan perak, tapi mufti kpd UMNO. Tindak tanduknya bukanlah hendak menegakkan kebenaran
    dan keadilan sebagaimana yg dituntut olih islam
    tapi mufti yg mementingkan jawatan dan gaji
    utk menpertahankan UMNO walaupon UMNO lakukan
    perkara2 yg bertentangan dgn hukum islam. Mufti
    sebenarnya org yang mengeluarkan fatwa dan
    menjaga kepentingan ugama. Kalau orang yg jaga
    ugama mestilah org2 yg beriman, pasti mengerti
    tentang hukum2 ugama dan mesti berlaku adil
    terhadap sesuatu perkara. Kalau mufti itu berat
    sebelah, maka mufti itu tak layak dipanggil
    mufti.Ia layak digelar Mufti cari makan..

    BalasPadam