Selasa, 4 Ogos 2009

EZAM CALON UMNO DI PERMATANG PAUH ATAU MINAH RONGGENG?

Sunday, August 2, 2009



Oleh: Mandor.blogspot.com

PERMATANG Pasir kini sudah diratakan tanahnya untuk menyiapkan `pusara' Umno untuk kali yang ke berapa aku dah tak larat nak kira. Yang aku tahu `tanah kubur' masih merah lagi kat Manek Urai. Di situ terpacaknya `nisan' Umno. Kini, Permatang Pasir pulak. Seperti biasa, Umno tetap berkata `Kita yakin menang kerana rakyat sudah sedar '. Kalimah itulah sebenarnya yang menguburkan Umno di Kuala Terengganu dan Manek Urai.

Tidak seperti sebelumnya, kita tak dapat lihat lagi mana-mana pemimpin Umno di P.Pinang terutamanya di Permatang Pauh berebut nak jadi calon. Jika di Penanti, Umno hanya menjadi tukang sorak di luar gelanggang, di bumi P.Pinang ini juga kali ini adakah Umno masih berminat untuk jadi tukang sorak lagi? Yang pasti, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh sudah menyatakan kurang seleranya beliau untuk tawarkan diri menjadi calon. Tidak seperti semasa PRK Parlimen Permatang Pauh dulu. Kenapa kali ini agak tawar semua pemimpin Umno untuk menjadi calon? Mungkin sudah merasa betapa azabnya berdepan dengan PR?

Sekiranya Umno memikirkan azabnya untuk berdepan dengan PR, kita cadangkan apa kata kalau Umno pujuk agar `Minah Ronggeng' bekas calon PRK Penanti baru-baru ini untuk bertanding semula? Tentu kali ini ada cerita baru dari `Minah Ronggeng' untuk kita perdengarkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir pula seperti cerita CD umpan rasuah dan jawatan TKM P.Pinang yang hangat sewaktu di dalam PRK Penanti yang lalu.

Oleh kerana baru-baru ini setelah Umno terkangkang di Manek Urai tetapi masih menganggap sokongan orang-orang Melayu masih kuat kepada Umno, kita yakin Umno akan masuk bertanding. Soalnya siapa calon Umno nanti? Yang pasti bukan peraih ikan. Agak lojik juga jika kita cadangkan agar `raja sesumpah' Ezam bertanding di sana. Bukankah Ezam terlalu kepingin bertandang di bumi Permatang Pauh? Lagi pun masa bila Umno nak bayar jasa-jasa Ezam ini? Begitu banyak telah Ezam korbankan untuk Umno melebihi banyaknya `kotak-kotak' yang selalu dipikul oleh Ezam tu. Amat wajar Ezam bertanding dan rakyat di Permatang Pauh pun sudah lama tidak mendengar raja sesumpah ini bersumpah. Di antara raja sesumpah `Pak Tonggeng' dengan `Minah Ronggeng' ini, aku rasa dua-dua sesuai untuk mewakili Umno./Kembali ke Laman Asal.

8 ulasan:

  1. PR jgn sombong dan terlalu yakin...
    Kita tak mahu kejadian Manek Urai berulang lagi...
    Yakin dgn majoriti besar akhirnya hampir kecundang di Manek Urai...
    Buat kerja keras...kurangkan gimik2 politik...
    Jgn sekali-kali perleceh lawan...
    Banyakkan solat hajat...pohon pertolongan Allah SWT

    BalasPadam
  2. Harap UMNO letak la Raja Kotak ni untuk PRK Ptg Pasir.

    Pengundi Ptg Pasir

    BalasPadam
  3. weiii...cakap baik2 sikit sedap2 duk mengutuk org ja..sedar la diri....kita ni pun bukan bagus sgt..hamap ni tau hamput org n maki org ja...sampai tak tau apa2...

    BalasPadam
  4. sape....rj kotak...kahkah..kah....confm kecundg..sudhla bro..skrg org otak x btul aje sokong UBN..tak pun org yg dpt $$$$$$$

    BalasPadam
  5. bisnes kotak bro!!! bisnesman tu...bw kotak sana sini.......

    BalasPadam
  6. Orang yg tak ada prinsip macam raja kotak ni tak perlulah masuk bertanding diPRK permatang pauh. Dulu2 dizaman reformasi,raja kotak ini menentang UMNO sampai ke liang lahat,apa yg dia tak kata pd UMNO.. jahat..rasuah.. dan org2 yg tak iklas saja menyertai UMNO..tapi sekarang terbalik pulak, dia yg menyertai UMNO. Dulu sewaktu jadi pemimpin GERAK, habis pemimpin UMNO dia bogelkan dgn isu2 rasuah,tapi hari ini, dia masuk UMNO tidak lagi kedengaran pasal pemimpin2 UMNO yg rasuah dan disebalik itu pulak, setelah masuk UMNO, raja kotak ini berkawan pulak dgn pemimpin2 UMNO yg dia menuduh rasuah. Hai.. Ezam.. Ezam, dimanakah prisip2 perjuangan saudara. Hendak jadi jaguh atau pemimpin yg dimuliakan,biarlah mempunyai perisip perjuangan yg mantap dan iklas.Perjuangan memerlukan ketabahan. Kalaulah sekali pun saudara bencikan PKR,janganlah sekali kali masuk UMNO.UMNO tidak demokratik dan zalim.Yang sebaik2nya saudara menyertai adalah PAS sebuah parti yg berjuang atas landasan islam dan semua bangsa.

    BalasPadam
  7. Orang yg tak ada prinsip macam raja kotak ni tak perlulah masuk bertanding diPRK permatang pauh. Dulu2 dizaman reformasi,raja kotak ini menentang UMNO sampai ke liang lahat,apa yg dia tak kata pd UMNO.. jahat..rasuah.. dan org2 yg tak iklas saja menyertai UMNO..tapi sekarang terbalik pulak, dia yg menyertai UMNO. Dulu sewaktu jadi pemimpin GERAK, habis pemimpin UMNO dia bogelkan dgn isu2 rasuah,tapi hari ini, dia masuk UMNO tidak lagi kedengaran pasal pemimpin2 UMNO yg rasuah dan disebalik itu pulak, setelah masuk UMNO, raja kotak ini berkawan pulak dgn pemimpin2 UMNO yg dia menuduh rasuah. Hai.. Ezam.. Ezam, dimanakah prisip2 perjuangan saudara. Hendak jadi jaguh atau pemimpin yg dimuliakan,biarlah mempunyai perisip perjuangan yg mantap dan iklas.Perjuangan memerlukan ketabahan. Kalaulah sekali pun saudara bencikan PKR,janganlah sekali kali masuk UMNO.UMNO tidak demokratik dan zalim.Yang sebaik2nya saudara menyertai adalah PAS sebuah parti yg berjuang atas landasan islam dan semua bangsa.

    BalasPadam
  8. Orang yg tak ada prinsip macam raja kotak ni tak perlulah masuk bertanding diPRK permatang pauh. Dulu2 dizaman reformasi,raja kotak ini menentang UMNO sampai ke liang lahat,apa yg dia tak kata pd UMNO.. jahat..rasuah.. dan org2 yg tak iklas saja menyertai UMNO..tapi sekarang terbalik pulak, dia yg menyertai UMNO. Dulu sewaktu jadi pemimpin GERAK, habis pemimpin UMNO dia bogelkan dgn isu2 rasuah,tapi hari ini, dia masuk UMNO tidak lagi kedengaran pasal pemimpin2 UMNO yg rasuah dan disebalik itu pulak, setelah masuk UMNO, raja kotak ini berkawan pulak dgn pemimpin2 UMNO yg dia menuduh rasuah. Hai.. Ezam.. Ezam, dimanakah prisip2 perjuangan saudara. Hendak jadi jaguh atau pemimpin yg dimuliakan,biarlah mempunyai perisip perjuangan yg mantap dan iklas.Perjuangan memerlukan ketabahan. Kalaulah sekali pun saudara bencikan PKR,janganlah sekali kali masuk UMNO.UMNO tidak demokratik dan zalim.Yang sebaik2nya saudara menyertai adalah PAS sebuah parti yg berjuang atas landasan islam dan semua bangsa.

    BalasPadam