Sabtu, 15 Ogos 2009

KETUA PEMUDA UMNO PAHANG JADI `BURUNG TEKUKUR' ?

Khianat Melayu, cabar berdebat dan pengecut
Oleh Zukri Aksah

Baru-baru ini, dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Umno BahaGo to fullsize imagegian Sri Gading, Batu Pahat, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah secara tiba-tiba mengeluarkan satu tuduhan serius terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya Anwar pengkhianat Melayu.


Ucapan Muhyiddin ini segera mendapat respon dari ramai pemimpin Umno di semua peringkat. Sudah tentulah semua respon ini dalam bentuk kenyataan sokongan, sesetengahnya ditambah pula sehingga menjadi berlebihan. Ketua Pemuda Umno Pahang, Abu Jimi Samad semalam mengumumkan yang Pemuda Umno Pahang mula mengadakan kempen mengumpul tandatangan bagi menyokong kenyataan Muhyiddin itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad dalam reaksinya menempelak Abu Jimi yang gagal menyediakan fakta dan bukti dalam menyokong tuduhan Muhyiddin terhadap Anwar. Bahkan dalam meneliti kenyataan Abu Jimi, ulas Suhaimi, beliau hanya menemui dua alasan yang kelihatannya langsung tidak relevan dengan tuduhan yang dilemparkan.

Anwar dikatakan pengkhianat Melayu oleh Abu Jimi kerana kononnya beliau bertanggungjawab cuba menghapuskan hak orang Melayu. Ini adalah tuduhan yang bersifat umum dan longgar tanpa ada sertaan bukti yang sahih dan konkrit. Abu Jimi harus bertanya diri sendiri, siapa yang cuba mencabut “tongkat” orang Melayu?

Abu Jimi juga dalam dakwaannya mengatakan Anwar mengkhianati Melayu kerana menganjurkan demonstrasi jalanan. Sejak bila demonstrasi jalanan membawa maksud pengkhianatan kepada Melayu? Sedangkan Onn Jaafar juga menggunakan demonstrasi untuk perjuangan orang Melayu.

Bagi Suhaimi, Umnolah sebenarnya yang selama ini menjadi biang kerok dalam pengkhianatan kepada masyarakat yang diwakilinya sendiri, orang Melayu. Bagi membuktikan ini, Suhaimi dalam kenyataannya mencabar Abu Jimi untuk berdebat secara terbuka tentang siapa sebenarnya pengkhianat Melayu, selepas 52 tahun Malaysia merdeka.

Suhaimi akhirnya berharap yang Abu Jimi tidak hanya berani menjadi pembela di hadapan tuannya. Debat terbuka yang dihadiri dengan niat yang ikhlas akan mampu menghasilkan penyelesaian yang baik.

Harapan Suhaimi juga agar Abu Jimi tidak menjadi pengecut seperti ketuanya, Khairy Jamaluddin yang sentiasa berdolak-dalik bila diajak berdebat dan berwacana. Pemuda PAS Pahang, tambah Suhaimi akan menghantar surat jemputan rasmi kepada Abu Jimi berkaitan dengan debat ini./Detikdaily

1 ulasan:

  1. di negara ini bangsa amanu adalah bangsa melayu. Bangsa am I see itu bangsa india dan bangsa am see eh itu bangsa china, yang dikenali sebagai bee end. Jika berbeza pendapat Awang dituduh khianat kepada Melayu, Sami khianat kepada India dan Ah Chong khianat kepada China. itulah realiti serba boleh.

    BalasPadam