Sabtu, 12 September 2009

16 SEPT - TERENGGANU SASARAN DS ANWAR PULA?

Sabtu, September 12, 2009



9 ADUN UMNO TERENGGANU TELAH BERTEMU ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat akan rampas Terengganu sebelum 16hb September 2009?
Laporan daripada Malaysiakini, 9 orang Adun UMNO Terengganu telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Hulu Besut, YB Nawi Mohamad mengesahkan 9 orang ADUN itu telah pun bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang perbincangan tersebut. Beliau juga berkata 9 orang ADUN itu tidak termasuk dirinya.

Pada April lalu, daripada 13 orang ADUN UMNO yang menyokong kumpulan Datuk Idris Jusoh telah memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Daripada 10 orang itu tidak termasuk Nawi Mohamad.

Politik Terengganu semakin meruncing bila ada khabar angin yang mengatakan beberapa ADUN dari UMNO Terengganu akan menyertai parti PKR. Jika pertemuan dengan Anwar membincang penyertaan 9 Adun itu kerajaan BN negeri Terengganu boleh tumbang pada bila-bila masa.

Jika benar dakwaan YB Nawi Mohamad 9 ADUN dari UMNO itu bermakna krisis politik Terengganu terus akan bergolak./Sumber: Biaqpila.com
Baca seterusnya:http://www.malaysiakini.com/news/111950

3 ulasan:

  1. Aku tak setuju kalau geng2 deris lompat ke-PR,
    sebab mereka semua bukanlah adun2 yg ada prinsip dan puak2 inilah yg mengaut keuntungan
    dlm Monsun Cup...Apakah PkR hendak terima adun2
    yg rompak hak raayat..

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan, saya sokong 100% pendapat "pocksuya", ADUN2 ini saya khuatir mungkin "ada udang disebalik batu".
    DS Anwar harus berwaspada, jangan terlalu ghairah nak menawan Trengganu tapi nanti lain pulak jadinya.
    Mcm mana kalau kita bersabar hingga PRU 13, kita sapu bersih semuanya.

    TAQBIR

    BalasPadam
  3. Tak mustahil 9 jahanam ni nanti akan kembali ke lubuk asal mereka bila keadaan terdesak.Pengalaman lalu tak jadi pengajaran lagi ke???????? Jangan diharap kan sangat haprak2 ni akan setia pada Pakatan.

    BalasPadam