Jumaat, 11 September 2009

APA MASALAH DENGAN YB ZUL NI?

11Sep

Berikutan posting Zulkifli Nordin yang bertajuk "Al-Baqarah: Alahai sang lembu," Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bertajuk "Zulkifli bidas 'Pak Janggut'".

Dalam postingnya itu, Mamat tu kata:
Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.
Tu dia aih! Sampai lagu tu sekali Pak Janggut tu putaq!

Kalau minum arak boleh disebat dengan enam sebatan kerana beratnya kesalahan tersebut, memutarbelitkan ayat Al Quran tentulah lebih besar lagi kesalahannya. Saya cadangkan mana-mana warga Selangor membuat laporan polis sebagai jalan untuk mendakwa si Pak Janggut itu di Mahkamah Syari'ah negeri itu. Saya dok di Wilayah Persekutuan.

Ada orang beritahu saya, Zulkifli juga seorang peguam syar'ie. Bolehlah khidmat beliau diambil untuk mendakwa Pak Janggut yang memutarbelitkan ayat Al Quran itu.

Bercakap fasal Zulkifli, ada orang tanya saya, kenapa Umno dan Barisan Nasional (BN) tak tarik dia menyertai parti itu? Saya kata, "Bangang sangat la Umno kalau dia tarik Zul tu. Biar dia jadi rebel dalam Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih menguntungkan Umno".

Ditanya pula kepada saya, mengapa PKR tak ambil tindakan ke atas beliau berikutan beberapa karenahnya sebelum ini. Nak kena jawab lagi. Saya pun kata, "Bangang sangat la PKR kalau dia buat gitu. Apa ke bodohnya tak fasal-fasal nak jadikan dia hero!"

Yang saya tertanya-tanya, adakah PKR tak tahu, ketika Zulkifli berada dalam PAS dahulu, beliau ditolak dari menjadi calon PAS dalam satu mesyuarat Majlis Syura PAS sebelum pilihan raya umum 2004?

Kalau PKR tahu dan depa ambik juga Zulkifli jadi calon, saya hanya nak kata: Padan muka hampa!!/Penarikbeca.blogspot

7 ulasan:

  1. yb zul lebih bagus dari mana-mana yb pr yang ada

    BalasPadam
  2. Kalau YB Zulkiffly Harun rasa tak puas hati dgn
    PR.. mudah saja, masuklah UMNO. Habis cerita..
    Buat apa bersama2 PR lagi, kalau kepala otak
    tak sehalaun.. Mungkin kalau bersama UMNO tu,
    untung2 dapat habuan..

    BalasPadam
  3. Gua ader tulis tentang Musang Berbulu ayam kat blog gua... nak tau baca la..

    BalasPadam
  4. Dulu semasa zaman reformasi, aku menghormati
    Saudara Zulkifly Nordin, berjuang sama2 menegakkan kebenaran dan keadilan. Aku ingat
    beliau mempunyai prinsip dlm perjuangan utk
    membela siapa yg tertindas samada cina, melayu
    atau india.Tapi rupanya tidak.. dan aku pun
    tak tahu kenapa beliau jadi begini dan tidak
    sehaluan dgn PR. Semenjak jadi MP, beliau
    sering menjadi duri dlm daging kpd PR. Sentiasa
    mengkritik yg bukan2. Kalau beliau rasa tidak
    sehaluan lagi dgn PR, tidak ada gunanya lagi
    beliau bersama2 dlm satu pakatan. Aku harap
    kalau betul2 beliau anak jantan, letak jawatan
    sebagai MP. Pengundi2 disitu memilih beliau
    bukan kerana individu tapi kerana diatas
    lambang PKR. Itulah sebaiknya..

    BalasPadam
  5. Dalam PR pun perlu ada yang berani mengutarakan perkara yang sebaliknya supaya pucuk pimpinan berfikir. Kalau yang mengkritik tu orang luar tentu tak diterima, tau-tau dah jadi bubur. Yang didalam pula jadi "sokong bawa rebah". Jangan nak dengar yang elok-elok saja, nak dengar puji-pujian saja, yang buruk simpan bawah karpet, lama-lama jadi barah. Itu yang berlaku dalam UMNO, jangan PR ikut gitu.

    BalasPadam
  6. Zul, kau ni tak habis2 buat hal....hahaha
    Kau bila nak mai melawat kulim ni... kami tunggu hang tau..hehehe
    Hang pun sama 2x5 jer debgab MP kulim yg dulu tu.

    BalasPadam
  7. yb zul ni pada pendapat aku betul2 principle man.

    BalasPadam