Selasa, 15 September 2009

KISAH BENAR DI KELANTAN, SEJADAH BERDIRI 8 JAM


SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut./Sumber: Kosmo

19 ulasan:

  1. Tuannya taknak solat biar sejadah lah yang solat..

    BalasPadam
  2. ni menunjukkan kuasa ALLAH itu maha besar..komen tu biar kene dgn keadaan..

    BalasPadam
  3. ha ha tak de pulak kelebihan sejadah berdiri dalam hadis Rasulullah SAW, orang melayu nih tak abis2 dgn koje mengarut

    BalasPadam
  4. ape la nak pelik ngan sejadah tuh.. kejadian manusia ni lagi pelik.. tak pulak korang kecoh.. tengok la badan korang sendiri lepas tu pikirkan betapa hebatnya kebesaran Allah itu.. bende kecik pun nak kecoh..

    BalasPadam
  5. bukan kecoh...itu satu benda pelik dari biasa, sekadar utk tatapan. Allah mmg berkuasa atas sesuatu.

    BalasPadam
  6. dah le tu banyak koje lain lagi, dalam Tv pun dah banyak kali disiarkan. ntah ape ntah

    BalasPadam
  7. kejadian manusia memang pelik tapi kajadian ini berlaku kerana manusia itu sendiri ini baru sedikit tapi sebahagian manusia itu masih tidak sedar lagi allah maha kuasa atas sesuatu dan maha mengetahui.

    BalasPadam
  8. tak mustahil jika Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya!peringatan bagi golongan yang manhu berfikir!

    BalasPadam
  9. kun fayakun.... kawe tak pelik tapi kagum....

    BalasPadam
  10. ini lipat sendiri boleh jadi

    BalasPadam
  11. bagun pagi kul 830 pagi? 8:30pagi leh dpt lailatul qadar ke? kalu mcm tu, tak betul la apa yg d kata "3/4 malam". tak smbyg malam2 buta pun dpt lailatul qadar....

    BalasPadam
  12. apa jua yg berlaku ada hikmah disebaliknya.bg kita yg masih mampu berfikir,berfikirlah mengikut keimanan anda sendiri..

    BalasPadam
  13. Yang pelik ada benda kat badan kita ni kejap keras...kejap lembik...apa tu yeeek???

    BalasPadam
  14. kalau mata buta masih boleh merasai kekuasaan tuhan tapi kalau buta hati....apa pun tiada gunanya....setiap kejadian Allah s.w.t yang jadikan kita sebagai manusia ambillah ia sebagai peringatan....usahlah terlalu mempertikaikan betul atau salah....yang penting kita tahu tiada yang pelik pada Tuhan untuk menjadikan sesuatu.....

    BalasPadam
  15. korang nie sesuatu kejadian 2 tak mustahil Allah nak tunjuk pada hamba Nya.nie bukan sekadar nak menunjuk2 tapi Allah nak kita semua sedar jangan terlaku alpa dengan keseronokan di dunia nie.tgk la brapa byk lagi kejadian2 yang menunjukkan dunia nie akan berakhir..renungkan la

    BalasPadam
  16. semua yang ada di langit dan di bumi semua sujud kepada
    Allah pencipta samada jin, batu, kayu n atau manusia kecuali manusia kufur pun sujud kepada ketentuan Allah iaitu mati. tak pelek lah kalau sejadah sujud ..

    BalasPadam
  17. salam..aku setuju ngn komen korng..setiap org adee pendapat..tp aku bukn nk kate pe la..bende kecik pun nk kecoh2 ke..mungkn tuannya jarang solat..ane tahukan..kalo nk tengk kebesran.tengok la ape yg berlaku disekeliling kite dah cukup..jgn terlalu percaya bende2 ni..nanti jd taksub..

    BalasPadam
  18. itulh...allah nk bgi peringatan kat org yg mlupakn allah

    BalasPadam
  19. dah la tu ,mungkin korang yg x solat

    BalasPadam