Sabtu, 12 September 2009

MAHATHIR `MUSNAHKAN' ANWAR - SAMY VELLU


Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan
RK Anand
Sep 11, 09


Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar Justify Fulldalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Ada kalanya Samy Vellu harus berdiam diri, tapi ada kalanya Samy Vellu harus bersuara lebih-lebih lagi terhadap Mahathir yang akhir-akhir ini boleh dikatakan lantang bersuara seolah-olah sepanjang hayat pentadbirannya dahulu tidak ada membuat kesilapan. Ada baik juga Mahathir teruskan bersuara kerana semakin banyak suara-suaranya akan semakin banyak juga beliau akan ditelanjangi dek bayangan kesilapan silamnya oleh orang yang pernah seangkatan dengannya.

    BalasPadam
  2. Baguslah camni, baru segala pekong kejahatan TKT terhadapa DSAI di bongkar sendiri oleh pihak UBN....bolehlah gamaknya geng pijak kepala lembu sedar bahwa selama ini DSAI di fitnah!

    BalasPadam