Isnin, 5 Oktober 2009

Anggota MT Umno Ditumbuk: Pakaian Seragam Bukti Tak Boleh Diterima, Kata Mursyidul Am PAS

4 Oktober, 2009

KOTA BAHARU, 4 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong PAS berdasarkan pakaian.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian (seragam) adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima.

"Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau enggan mengulas lanjut isu itu kerana beliau sendiri tidak berada di pusat penamaan calon, hanya mendengar daripada laporan tidak rasmi.

Serentak itu, beliau mahu penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, supaya berkempen secara aman dan baik.

Katanya, kejadian-kejadian yang tidak diingini semasa pilihan raya tidak mencerminkan nilai-nilai murni dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan sebaliknya dilihat sebagai tidak bertamadun.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut boleh mencemarkan imej orang Melayu pada mata masyarakat umum, khasnya bukan Islam, katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

-- BERNAMA

6 ulasan:

  1. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Umno tidak boleh sekali-kali kita mempercayainya, semuanya penuh dengan tipu muslihat, sedangkan harga minyak naik pun boleh mereka tipu kita kering-kering dengan mengatakan tidak ada perubahan harga minyak, padahal RON95 dari RM1.75 ke RM1.80 dan RON97 dari RM1.80 ke RM2.05, dalam apa jua keadaan pun mereka yang mendokong Umno setiap masa menipu, tipu dan terus menipu selaras dengan lagu Umno di bawah ini ...

    Bersatu kita bersatu
    Dengan setia berganding bahu
    Tipu terus menipu
    Kita tipu Melayu

    Bersama kita bersama
    Menjunjung hasrat semua
    Berjasa pada kroni
    Anak isteri dan bini

    Lambang kita yang rebah
    Dipandang keji dan haprak
    Bersatu bersetia
    Khianat cogankata nya
    Umno terus lara
    Rompak rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  2. Aziz Rahim...!! Gena mu bwak lagu tu..? Bwak malu oghang Baling ja.. Mu thu dak? 1 Malaya tak caya kat mu dah... Gi klek Kolumpo dah.. Tok sah duk gagah tingga kat Caruk Bembang dah mu tu... Meluwak aku deh..!!! Jaga mu, tobak aku dak gi dah makang kenduri mu lagi..

    Dulu masa jamuang ghaya di Komplek Rakan Muda, bang (azan) Asar di Mesjid Pulai, mu bwak tak thu ja, tak gheti nak hormat azan. Riuh rendah dengang kugiran mu.. GENA MU ZIZ OI...!!!

    BalasPadam
  3. Komen saya agar UMNO dihapuskan hingga ke akar umbi barulah rasuah dpt dibersihkan ISLAM dpt dimertabatkan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan tanpa PM dan kroninye. semuga PR terus berjuang demi negara dan rakyatnye.

    BalasPadam
  4. jangan layan, itu cara umnongok alih perhatian. percaya ke asik dia je yang kena tumbuk, dasar mamak.

    BalasPadam
  5. Kalau dia mengidam sangat...dia akan dapat dan masa akan menentukan.

    BalasPadam
  6. kalau si azeez ni ..puiii

    BalasPadam