Isnin, 19 Oktober 2009

Azmin Ali jejak kaki ke rumah Azwan selepas 9 tahun


Kedatangan Azmin disambut mesra oleh Azwan dan Mak Tom. (Foto mStar oleh Ariffuddin Ishak)

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.

Walau apa pun sengketa yang pernah berlaku, air cincang tidak akan putus...

Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.

Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia

Seorang lagi abang yang tua, Azman Ali, 46, seorang ahli perniagaan, muncul sejurus kemudian dengan keluarganya. Bertambah meriah suasana di rumah banglo berkembar dua tingkat milik Azwan yang terletak di Taman Andaman, Ukay Perdana petang tadi.

Nasi minyak istimewa dari air tangan Mak Tom bersama rendang tok dan dendeng berlada menanti di meja makan. Azwan pula tidak menang tangan melayan anak-anak buah yang berlari riang di dalam rumah.

Biarpun sudah besar panjang dan mempunyai keluarga masing-masing, baik Azmin, Azwan dan Azman tetap dilayan dengan manja oleh Mak Tom.

Sebagai hos yang terkenal dengan aksi riuh rendahnya, Azwan berjaya mencuit hati Azmin. Mungkin juga beliau rindu melihat gelagat begitu selama ini.

Sesekali, Azwan meminta izin abangnya untuk bergambar bersama.Dan setiap kali lensa kamera di arah ke wajahnya sambil Azwan berposing di sebelahnya, Azmin yang kelihatan agak kekok pada mulanya, hanya tersenyum.

Azwan menyajikan nasi mintak untuk abangnya Azmin dan isterinya, Shamsidar

"Saya tak biasa....," tuturnya lembut.

Ketika ditanya tentang karier Azwan, Azmin berkata adiknya itu sememang dilahirkan untuk menjadi anak seni.

"Dari kecil lagi, Azwan suka menjadi pengacara. Waktu sekolah dulu, kayu di belakang rumah akan dijadikan mikrofon dan dia akan beraksi seolah-olah dia seorang pengacara.

"Saya sokong apa jua karier pilihannya cuma saya tidak berapa minat hiburan. Jarang saya membaca ruangan hiburan. Bukan tidak mengikuti karier Azwan tapi saya terlalu sibuk," jelas Azmin.

Katanya lagi, "Apa pun yang kita buat, mesti ada kesederhanaan (There must be moderation in everything)."

Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan."

Ternyata pertemuan adik beradik petang itu yang disaksikan Mak Tom, membawa lembaran tersendiri yang cukup indah dan bermakna.

Menurut Azmin, kesibukannya sebagai ahli politik, selalu menjadi momen begini terlalu sukar.

"Tapi insyaAllah kalau ada kesempatan lain, saya akan datang lagi. Saya cukup menghargai kesempatan seperti ini," jelas Azmin, anak keempat dari 6 beradik./MStar Online

6 ulasan:

  1. member pencen keramat19 Oktober 2009 pada 9:52 PTG

    Itulah carik2 bulu ayam lama2 bertaut juga, Mana pi sorang lagi namanya Umi Hafilda?

    BalasPadam
  2. Tahniah dan syabas kepada mereka sekeluarga. Semoga ikatan mesra sekeluarga dan tali persaudaraan kukuh dicipta, menjadi iktibar buat semua. Yang jauh didekat-dekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan, yang mesra diserasi-serasikan, pernah menjadi slogan slot "jejak kasih" satu ketika dulu wajar difikir juga..

    BalasPadam
  3. kepada Azwan..tinggalkan lah UMNO/BN secara senyap-senyap, bantu abangmu menjatuhkan kerajaan BN..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah teruskan perjuangan

    BalasPadam
  5. 9 tahun terputus hubungan apanya.. setiap tahun raya rumah terbuka azmin aku tengok ada je mak tom ni... yg terputus cuma dengan si bapok-talam-2-muka ni dgn si hafilda tu je sebab mereka ni betul2 duri dlm daging sampaikan anak2 azmin yg tak berdosa tu pun turut menjadi mangsa mereka ni yg sentiasa mengambil peluang utk mengaibkan walau di khalayak ramai. haih..kalau dgn budak2 pun kau mcmtu memang mental lah. gelap hati sudaa..

    BalasPadam
  6. STOP CORRUPTION, VOTE PR

    BalasPadam