Rabu, 7 Oktober 2009

ISU PENGKHIANAT MELAYU - HARAP MUHYIDDIN BERANI SAHUT CABARAN DEBAT

Pemuda PR cabar Muhyidin debat dengan Anwar isu 'Pengkhianat Melayu'
Nazri Abdullah
Wed | Oct 07, 09
BAGAN PINANG, 7 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk 'Siapa Pengkhianat Melayu' sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Surat tersebut akan diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada jam 2.30 petang ini di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya.

Shamsul ketika dihubungi berkata, cabaran debat tersebut dibuat berikutan tindakan Muhyidin dan pemimpin Umno lain yang masih memainkan isu Anwar pengkhianat Melayu dalam kempen mereka di Bagan Pinang.

Sehubungan itu mereka menawarkan pentas debat kepada Muhyidin untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR secara terbuka supaya rakyat dapat menilai siapa pengkhianat sebenar.

"Dia (Muhyidin) mainkan isu ini di sini (Bagan Pinang), kalau betul dia berani, sambutlah cabaran debat terbuka ini, biar semua rakyat dapat tengok dan buat penilaian, tajuknya mudah sahaja, 'Siapa Pengkhianat Melayu', " katanya ketika dihubungi.

Beliau juga memberitahu, tarikh yang mereka cadang untuk debat tersebut adalah pada 9 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi.

ImageDebat tersebut juga akan diadakan ala debat isu minyak antara Anwar dengan bekas Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chik yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

Manakala moderator debat itu pula dicadangkan dari tokoh akademik.

"Kalau dia tolak bermakna dia takut dan rakyat akan menilai siapa pengkhianat sebenar," katanya.

Isu pengkhianat Melayu seringkali dimainkan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya sebelum ini mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Namun melihat kepada beberapa kemenangan Pakatan Rakyat dalam 7 siri pilihanraya kecil lalu, ramai pemerhati berpendapat, isu tersebut sebenarnya sudah basi dan rakyat sudah tidak boleh menerimanya.

Namun, apabila ianya terus dimainkan Umno, jalan penyelesaiannya adalah debat terbuka agar rakyat menjadi hakimnya. _/Harakahdaily

5 ulasan:

  1. mat sembab tu? berkokok dalam dewan UMNO berani la

    BalasPadam
  2. Abis tu nak kata PERASUAH, PELIWAT, PENIPU, DLL........... wira melayu.

    BalasPadam
  3. ceritalah ikan pelaga ke...tikus mondok..ke...doremon ke...altantulah yang kena sepai dek najib ke....in tak..pasal khianat!!!ingat kami orang Bp ni bodoh sangat ke?...kami fikir pakai otak sendiri bukan pakai otak lain oranglah....HIDUP PR...LEMBIK BN..

    BalasPadam
  4. Kalau Muhyiddin anak jantan tentu beliau menerima pelawaan ketua pemuda keadilan utk
    berdebat dgn DSAI. Kalau Muhyiddin berani
    menuduh DSAI sebagai pengkianat melayu, secara
    logiknya tentu Muhyiddin ada fakta dan bukti.
    Nyatakan pd raayat secara berdebat, biarlah
    raayat sendiri yg dapat menilaikannya yg mana
    betul atau salah. Jangan hanya kelirukan raayat
    hanya memberi kenyataan diahkbar2 dan dipeti2
    TV. Aku berani katakan 100 peratus Muhyiddin
    tolak perdebatan ini dgn berbagai2 alasan yg
    beliau ciptakan sendiri. Kalau tidak percaya
    sama2 kita lihat perdebatan ini diterima atau
    tidak. Aku jugak orang melayu dan aku yakin
    tuduhan Muhyiddin mengatakan DSAI sebagai
    pengkianat melayu hanyalah utk menjatuhkan
    maruah DSAI dan PR didlm pilihan raya Bagan
    pinang supaya pengundi2 menolak PAS-PR.
    Pengundi2 melayu disitu bukannya bodoh dan
    bukannya pengundi zaman hang tuah, sekarang
    pengundi2 dizaman IT dan cepat mendapat maklumat yg cepat dan tepat.Yang menjadi
    pengkianat melayu yg sebenarnya ialah Muhyiddin
    dan UMNO. Contohnya mudah, ambil satu saja
    soalannya.. Siapa menteri pendidikan, Muhyiddin
    jugak org melayu, tapi hingga kini kenapa
    Muhyiddin kekalkan PPSMI. Dasar ini sudah cukup
    menzalimi anak2 org melayu. Apakah Muhyiddin
    tidak sedar dgn dasar ini,yg cukup menyeksakan
    pelajar2 melayu. Anak2 melayu akan jadi bodoh
    dgn perlaksanaan dasar pelajaran ini.Apakah
    Muhyiddin bukan orang melayu sehingga mempertahankan dasar penjajah ini? Kalau Muhyiddin kekalkan PPSMI bererti Muhyiddin
    sudah menghinakan bahasa melayu.Menghinakan
    bahasa melayu samalah mengkianati org2 melayu.
    Pengkianat melayu yg sebenarnya ialah Muhyiddin
    dan UMNO bukannya DSAnwar Ibrahim.

    BalasPadam
  5. Ko ni pun satu....semenjak bila Muhyiddin ni berani? Semenjak bila Najib berani? Mahathir yg dikatakan tokoh hebat Umno tu pun kecut bila dengar nama Anwar. Dalam TV, akhbar boleh lah...dalam TV ni standard Nabil raja lawak je boleh buat org ketawa.....Si muka lebam tu aku tengok semakin emosi sekarang kat Bagan Pinang...takut bebenor dia Bn kalah...

    BalasPadam