Isnin, 12 Oktober 2009

KEKALAHAN PAS, KITA MASIH LEMAH WALAU PUN UMNO TIDAK KUAT


Sudah lama mereka tidak merasai kegembiraan begini....

Oleh: WFAUZDIN NS

ISA Samad mesti dijadikan pemimpin mereka walau siapa dia Isa Samad. Itulah hakikat yang mesti kita terima di Bagan Pinang. Memang PAS tidak rugi apa-apa kerana PAS bertanding untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Umno nampaknya mendapat bantuan pernafasan walaupun tidak diketahui selama mana bantuan pernafasan itu boleh menyelamatkan Umno.

Walaupun PAS tidak rugi atau kehilangan kerusi, tetapi kekalahan ini sedikit sebanyak mengecewakan kita. Kita kecewa kerana gagal meyakinkan pengundi untuk melakukan perubahan di Bagan Pinang. Usaha kita sepanjang berkempen di sana seperti tidak dialu-alukan oleh penduduk Bagan Pinang. Justeru itu, berlakulah berbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi sesama kita umat Islam dan berbangsa Melayu. Jelas dan terbukti, majoriti pengundi-pengundi di Bagan Pinang tetap menganggap rasuah politik bukan satu jenayah. Dan, sememangnya mereka layak bersama Umno/Bn sekiranya berfikiran sedemikian.

Kenapa PAS tewas? Banyak faktor untuk mengulas perkara ini. Tapi yang utamanya ialah pengundi tetap memilih calon yang mereka lebih kenal rapat walau apa pun rekod yang ada pada calon tersebut. Mesti diakui, calon PAS masih jauh dihati pengundi di Bagan Pinang kerana mereka tidak pernah melihat calon tersebut sebelum ini. Mengapa kita lebih yakin dengan pemilihan Zulkefli yang didatangkan jauh dari luar Port Dickson? Mungkin kita tiada tokoh tempatan di Bagan Pinang atau kita tidak memasyarakatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Maka, PAS terlalu asing bagi mereka.

Ada yang berpendapat bahawa isu-isu yang berlaku di Selangor terutamanya banyak mempengaruhi undi dari kaum Cina dan India di Bagan Pinang. Kelantangan beberapa pemimpin PAS di Selangor mengkritik kerajaan PR Selangor secara terbuka khususnya berkaitan penjualan arak dan juga isu Selcat. Terdapat juga pemimpin PAS yang sengaja tidak memahami isu pemindahan kuil Hindu di Selangor. Mereka dengan lantang ingin menyuarakan kononnya mereka memperjuangkan Islam. Isu-isu ini bukan sedikit mengguris hati dan perasaan kaum Cina dan India, apatah lagi media kerajaan sentiasa mencari ruang untuk menunjukkan PAS di Selangor bermasalah dengan kepimpinan kerajaan PR Selangor. Seorang pemimpin besar PAS di Selangor pernah berkata beliau menentang pendekatan siasatan terbuka oleh Selcat semata-mata untuk menyelamatkan maruah orang Melayu. Inikah perjuangan kita? Apa beza kita dengan Umno/Bn?

Seribu janji oleh pemimpin Umno juga membutakan mata pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka ingin sekali berada di sebuah bandar baru yang mewah dan megah yang diberi nama `Bandar Tentera Darat'. Selepas ini mereka akan berangan berada di sebuah bandar yang moden, pesat dan bandarnya tidak lagi akan sepi selepas jam 7 malam. Bagi anggota-anggota tentera yang begitu banyak mengundi Isa Samad tentunya selepas ini akan sibuk membeli kasut Futsal dan seluar renang. Mereka juga akan berhutang dengan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) untuk membeli komputer peribadi kerana mereka tidak lama lagi akan dapat akses internet dengan menggunakan Wifi. Inilah yang mereka mahukan dan ini tentunya tidak dapat dijanjikan oleh calon PAS.

Permainan media pencacai tentunya seronok kerana mainan mereka kali ini berjaya memperdaya pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Di tempat lain, media berupa akhbar Utusan Meloya ini tiada tempat langsung selain dari dijadikan alas pengalas punggung sewaktu mendengar ceramah pemimpin-pemimpin PR. Tetapi di Bagan Pinang, akhbar ini adalah kitab utama mereka selain dari berguru dengan TV tiga suku.

PAS pastinya selepas ini membuat post mortem di atas kegagalan merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Faktor-faktor di atas mungkin tidak disenaraikan sebagai kemungkinan kita tewas. Mungkin ada faktor lain yang boleh PAS rumuskan sebagai punca kekalahan. PAS semestinya tidak bersendirian di dalam mencari sebab kekalahan ini kerana PAS berada bersama PR.

Walau apa pun sebabnya, kita sedikit pening memikirkan bagaimana undi kaum Cina dan India kembali kepada Bn walaupun di dalam kemelut berpanjangan MCA dan MIC. Saya melihat kemenangan ini bukan kerana kekuatan Umno tetapi kerana kelemahan kita sendiri di dalam beberapa perkara. Kesimpulannya bagi saya, PAS di Bagan Pinang dilihat tidak efisyen untuk melakukan perubahan. Pendek kata, PAS gagal merakyatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Mereka tidak kenal siapa calon PAS. /Kembali ke laman asal di sini.

4 ulasan:

  1. saya memang setuju pendapat tuan. kadang-kadang saya fikir pas ni buat pakatan dengan orang tapi nampak macam nak ambil kesempatan. macam nak dapatkan kuasa dengan memperalatakan kaum bukan melayu. sepatutnya kalau dah berpakat dan berjanji, mesti ikhlas pegang pada janji. macam hasan ali, bila tak setuju dengan kerajaan selangor ( yang dia juga sebagai YB kerajaan ) bertempik dan melalak macam pembangkang, walhal dia ahli kerajaan pakatan. macam tidak ada forum yang sah untuk berbincang. nak tunjuk pada siapa? nak tunjuk ek. nak tunjuk dia apenting, orang lain mesti ikut dia. Hasan Ali merosakkan konsep PAS FOR ALL. tak hurmat langsung dengan hasrat ahli-ahli. kalau nak tunjuk hebat, aku nak tanya dia ni. berapa lama dah dia jadi ahli PAS? banyak lagi orang lain yang berjuang nak mampus. dia kena sedar. TOK guru HAJI hadi pun satu. kenapa mustaffa ali jadi penentu. lantik jadi setia uasaha. tengok apa dah jadi. Bagan Pinang dah turun mendadak undi Pas. Nasarudin dan budak tantawi tu pun tak menonjol. cakap pandai, atur strategi langsung tak berkesan. mereka semua politi lawan sama sendiri memang bijak. ada yang nampak cerdik cerdik sedikit habis kena cantas. aku dah fed up dengan kepimpinan. aku rasa tok guru hj. hadi patut lepaslah tanggung jawab pada orang lain pulak. Tok Guru tumpukan perhatian pada negeri Terengganu pulak. nasarudin pun sama. hasan tantawi pula...belajar lah banyak lagi yang dia tak tahu.

    BalasPadam
  2. Soal calun PAS pun kena ambik kira...Pimpinan pusat jangan terpengaruh dengan lobi orang berjawatan..Cikgu Zul ( panggilan asal, ustaz ni datang kemudian sejak akhir akhir ni aje ) kena ingat sikit , kalau di tempat sendiri Lenggeng pun putus nafas nak dapat sokongan apatah lagi kat tempat orang. Yang ni kena tengok sikit apa punca nya. Lagi satu kalau naik sampai terpaksa kuis orang lama pun memang tak baik dalam kesatuan. Respect sikit orang lama yang berhempas pulas sebelum ini... Bak kata orang lembu dah tumbang , kita tinggal bawak piasu aje lagi jangan lah nak tunjuk ekkkk...

    BalasPadam
  3. punca banyak,tapi asyik salahkan pas selangor je pe hal..

    DAP pun satu hal,kalau nak bersama ..hormatilah prinsip orang lain,jgn main hentam je..

    Biar kalah dan tak memerintah pun takpe..kalau jenis sama je dgn puak tu..bila pas bersuara semua org marah bla bla,bila DAP berseuara..yes yes

    BalasPadam
  4. Salam. Baguslah dapat wifi .... untuk bandar tentera darat. Suatu hari nanti para perajurit kita akan dapat maklumat melalui internet dengan cepat. PR tak payahlah sibuk-sibuk nak buat ceramah besar-besar dekat PD ni.

    BalasPadam