Khamis, 1 Oktober 2009

PAKATAN MENANG DENGAN PENCALONAN ISA SAMAD

Wednesday, September 30, 2009

Sejak beberapa hari lepas, isu calon di Bagan Pinang menjadi satu isu yang hangat.Banyak pihak mencari siapakah calon yang patut dilantik sebagai wakil Umno dalam usaha parti tersebut mempertahankan maruah mereka untuk kali yang ke 8.Sejak dikalahkan dengan 7-0, sudah tentulah Umno mahukan kemenangan ini.Tambahan pula kemenangan pastinya akan muncul apabila undi pos menjadi satu dari strategi bagi memenangkan Umno.Tidak dinafikan berdekat lamanya strategi ini menjadi kayu pengukur kepada kemenangan Umno yang tahu menggunakan kesempatan undi pos , walaupun antara pengundi ini tidak tinggal di dalam hutan atau jauh dari tempat mengundi.


Kemenangan awalnya dilihat apabila ada undi didalam laman web PAS yang mana dalam undi tersebut, Isa Samad di nobatkan sebagai calon yang paling sesuai di Bagan Pinang.Manakala beberapa hari lepas pula Lim Guan Eng berkata bahawa jika Umno meletakkan Isa Samad peluang Umno untuk menang adalah 70 peratus berbanding 60 peratus jika meletakkan calon lain.Umno termakan akan cadangan ini.


Isu kain yang direntang untuk memboikot itu bukanlah dipasang oleh penyokong UMno.Jika ia pun dipasang Umno sudah tentulah ianya akan tertera lambang Umno dan bahagian mana yang hendak memboikotnya. Atau mungkin juga musuh Isa yang memasangnya.Ahli Umno tidak seberani itu untuk memasang kain rentang ,hatta meletak cawangan mana yang mahukan Isa bertanding dan akan memboikot jika meletakkan calon yang lain.Umno memang mengajar ahlinya menjadi manusia penakut yang tidak akan berani untuk menyanggah pimpinan selagi tengkok mereka diikat dengan tali.Malah ada pemimpin Umno kemudiannya menurunkan poster tersebut kerana mengganggap ianya adalah mainan musuh yang mahukan Isa Samad bertanding sebagai satu strategi jangka panjang.Umum mengetahui bahawa Isa samad adalah Musuh ketat kepada Datuk Muhammad Hassan , kini menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.


Berdekat lamanya Umno diberi madat oleh orang Melayu dan bukan melayu melalui undi MCA dan Gerakan malah pihak pembangkang yang akan berdepan dengan Umno sudah tahu akan kekalahan mereka, Cuma untuk mengelak dari berkata dayus, baik PAS, atau DAP meletak calon dengan dasar anak jantan semestinya mahu bersabung.Jika dahulunya Umno meletakkan seorang kaldai sekali pun sebagai calon mereka undi untuk kemenangan calon Umno akan pastinya menang.alon Umno sudah tahu akan kemenangannya,Namun ianya sebaliknya sekarang ini.Namun keadaan kini berubah .PAS seringkali menyakinkan pengundinya sejak berdekat lalu dengan kata-kata yang kini di luahkan oleh Umno iaitu "kita sebenarnya menang,kerana undi kita makin bertambah" itulah senjata yang diguna pakai Umno kini bagi meyakinkan ahlinya agar terus setia dengan Umno.


Kini Umno perlu berhati-hati untuk meletak kan calon. Dihari penamaan calon Isa Samad sebagai calon Umno.PAS mengorak langkah penuh bergaya kerana tahu apa isu yang mahu di mainkan dalam kempen nanti.Isa Samad di singkirkan dari menduduki tangga Naib presiden namun terlepas dari hukuman penjara kerana rasuah.Isu inilah yang akan di mainkan oleh PAS dan juga Pakatan Rakyat betapa adanya double standard dalam pentadbiran yang begitu tinggi dengan angka-angka yang di keluarkan oleh badan dunia berhubung dengan amalan rasuah di Malaysia.

Untuk jangka pendek,PAS telah menang dengan menyakinkan khalayak ramai bahawa Isa Samad adalah calon yang di nantikan.Namun untuk satu jangka masa panjang pergelutan di dalam Umno di negeri Sembilan akan menyaksikan dua panglima yang bakal menguasai negeri tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.Jika ada ahli Umno yang lebih bijak dari Mahathir Mohammad dan Tengku Razaleigh yang menyanggah pencalonan Isa Samad, maka nantikanlah porak peranda Umno di negeri Sembilan kemudian nanti....

Amiruddin Ahmad adalah exco ALIRAN,
ALIRAN Kesedaran Negara,
Wartawan bebas menulis untuk akhbar Suara keadilan
dan kini akhbar baru Konsep Era Pakatan,
Lulusan USM dalam bidang Sejarah dan Sains Politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan