Selasa, 10 November 2009

`HUBUNGAN SENYAP' DENGAN UMNO BAGAIKAN UMPAN BANGKAI KEPADA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan masih mengharapkan agar PAS dan Umno dapat mengadakan `hubungan senyap' kononnya demi perpaduam Melayu Islam di negara ini. Nampaknya amat bersungguh Umno ingin meminang PAS walaupun secara terang-terang PAS tidak terliur dengan tubuh batang Umno yang dipenuhi kurap dan kudis buta itu. Percubaan Justify Fullawal sewaktu adanya perjumpaan sulit `dalam kelambu' antara PAS dan Umno di Selangor sejurus PR menguasai Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 telah gagal, Umno merasa amat kecewa kerana umpan mereka tidak dimakan hanya sekadar dihidu oleh dua tiga kerat pemimpin PAS yang `lapar' kepada umpan tersebut. Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan PAS dari termakan umpan berupa bangkai tersebut setelah diketahui umum tentang `hubungan haram' tersebut.

Umno tidak akan senang duduk selagi PAS berada di dalam PR. Umno inginkan PAS bersendirian berjuang agar memudahkan mereka `memperbodohkan' PAS. Adakah Umno bersungguh-sungguh ingin mendaulatkan Islam di negara ini apabila cuba mengumpan PAS untuk tidor sekelambu? Pendek kata, Islam pasti tertegak di negara ini apabila PAS sanggup bersama Umno. Nasib baik pemimpin-pemimpin PAS lebih cerdik dari Ketua Penerangan Umno berkenaan. Pelawaan Umno ditolak mentah-mentah dan yang terbaru di dalam seminar PAS baru-baru ini, PAS komited untuk terus bersama PR. Ini yang membuatkan Umno senak perut dan sakit jiwa.

Bagi mendatangkan curiga di kalangan rakan-rakan di dalam PR, Ketua Penerangan Umno bertindak bodoh dengan menyatakan Umno bersedia untuk bersama dengan PAS secara senyap-senyap. Jika benar ingin dilakukan secara senyap-senyap, mengapa perlu dihebahkan di dalam akhbar? Bukanlah senyap namanya, wahai Ahmad Maslan!! Cerdik sungguh Ketua Penerangan Umno ini. Sewajarnya Umno merasa malu apabila belum datang meminang, sudah ditolak tapi semenjak bila Umno tahu malu?

Sebenarnya Umno amat takut jika PAS terus bersama PR kerana dengan kerjasama mereka di dalam PR lah yang membuatkan Umno kini lumpuh selepas Pilihanraya Umum yang lalu. Ejen-ejen dan broker-broker Umno di dalam PAS telah diketahui umum. Umno amat bimbang jika ejen-ejen ini ditendang keluar dari PAS. Oleh itu, Umno perlu bertindak awal untuk menyatakan PAS harus bersama Umno jika ingin selamatkan Melayu dan Islam. Semenjak bila Umno terlalu sayangkan Melayu dan semenjak bila pula Umno begitu prihatin dalam soal agama?

Bagi saya, kata-kata dan harapan Ketua Penerangan Umno tersebut umpama umpan bangkai untuk meracuni PAS. Sehubungan itu, wajib bagi PAS menolak Umno jika ingin selamatkan Islam yang melangkau kepentingan bangsa Melayu. Jika orang-orang Cina dan India sendiri tidak mempercayai Umno, apakah PAS masih percaya pada Umno?/Kembali ke laman asal di sini.

2 ulasan:

  1. salam, aku ingin ingatkan bloger ajijoi supaya tidak mempromosikan lagi Akhil Hayy-Waheeda, kalau tidak bersedialah untuk tindakan sebahagian muslimat/wanita atas pagar tidak akan meberi undi pada PAS kerana menganggap PAS memberi perlidungan kepada orang yang menceraikan isteri untuk kahwin lain, kerana menganggap perampas kepada kebahagian rumah tangga orang lain, kerana memberi perlindungan kepada ustaz yang tengok wayang bersama bukan muhrim apatah lagi pd bulan puasa. aku dah ingatkan ajijoi ni namun dia masih buat lagi. tad ada maknanya membuat promosi seseorang yang telah meninggalkan pentas PAS untuk mengejar glamour apatah lagi cuba membantu untuk membuat Comeback, dia telah melukai melukai seorang insan yang sanggup bersusahpayah menjalani kehidupan bersuami isteri tapi akhirnya dirampas oleh orang lain setelah sekeping hati sisuami kecundang dan amat membara dengan orang lain. oleh yang demikian watak mereka ini bukan boleh dijadikan ikon walaupun siprempuan memakai tudung sewajarnya. Disudut politik PAS tidak ada apa-apa keuntungan sekiranya akhel tampil dipentas malah boleh merudum dipeti undi. ingatan sekali lagi kepada ajijoi,berhentilah dari mempromosikan Akhel-waheeda ini. - warga putrajaya

    BalasPadam
  2. Hang la antara orang yang makan bangkai . Mula2 sekali makan bangkai . Dah habis orang kata dok ulas2 lagi . UMNO bagi umpan hang tak habis2 dok makan . Apa punya manusia . Yang 2 - 3 kerat tu pun dah berhenti .

    Yang bising2 pasai apa .

    BalasPadam