Isnin, 14 Disember 2009

DULU MAHATHIR DITAKUTI, KINI........

'No' maaf Tun - Nazri

14 Dec 2009

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan beberapa kenyataan terbuka yang dibuatnya sebelum ini.

Katanya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, juga tidak meminta beliau memohon maaf, sebaliknya menasihati beliau menghentikan polemik dengan Dr Mahathir.

'Tak. Perdana Menteri tak suruh pun,' jelasnya.

Datuk Seri Mohamed Nazri sebelum ini melabelkan Dr Mahathir sebagai bersikap perkauman hanya kerana Dr Mahathir mempertahankan modul asal Biro Tata Negara (BTN).

Kenyataannya itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkannya sebagai agak melampau.

Pertemuan Datuk Seri Mohamed Nazri dengan Perdana Menteri sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung kelmarin itu bertujuan menjelaskan kedudukan tentang tindakannya.

'Apa yang saya buat, biar saya seorang terluka. Saya tidak mahu Perdana Menteri terluka. Tuduhan ini menjejaskan Perdana Menteri.

'Apa yang berlaku, saya seorang. Jangan perbuatan saya melukakan orang lain.

'Ada cerita kononnya apakah saya ini disuruh oleh pihak atasan dan ada tohmahan dan tuduhan bahawa yang saya lakukan itu kerana Perdana Menteri suruh.

'Saya menafikan di sini itu tidak benar. Apa yang saya buat adalah berdasarkan pendirian saya sendiri,' kata Datuk Seri Mohamed Nazri.

Baru-baru ini, Datuk Seri Mohamed Nazri berkata kabinet bersetuju merombak kurikulum BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan beliau berbeza dengan yang disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, yang menjelaskan bahawa modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya akan ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa.

Dr Mahathir dalam komennya mengenai isu itu pula mahu kerajaan tidak terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum BTN yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.

Beliau mempertahankan modul BTN yang sudah lama diguna pakai kerana ia berkesan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. / Mingguan Malaysia, Berita Minggu/KLPost



Najib pun tak suruh minta maaf

2 ulasan:

  1. Dulu semasa dihantar majikan kursus BTN tahun 1987 di.....M....pihak BTN asyik hentam musa itam dan Ku Li pasal lawan puaka tua yang tak mampus-mampus tu!!!. Kalau lah dia orang tu menang..mungkin malaysia tak macam ni sekarang. Duit blion-blion...rakyat duduk bawah kolong. celakalah kau wahai mahathir...444X. Celaka tu menang dek najib belot pada tua kutuk tu...ada ingat ka???

    BalasPadam
  2. Masa Tok Det jadi PM dulu buntut dia pun depa nak cium. Macam laa ni depa pakat cium buntut Najib pula. Depa berani kata macam-macam kat orang tua tu, depa tau bukan nak jejas batang tengkok depa!!!.....semua ni temberang kosong....poorah!!!

    BalasPadam