Ahad, 6 Disember 2009

INI LAH DOA NIK AZIZ TERHADAP NAJIB DI TAMAN MELEWAR

Dzulfikar Mashoor
GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan
pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. "Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah." Dalam ceramah selama
20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti
minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz "Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya." "Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."


Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu. Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. "Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya. /
Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Apa yg Najib nak takutkan sangat dgn doa TGNA.
    Cuma TGNA memohon pd tuhan supaya royalti
    minyak dikembalikan pd raayat Kelantan dan
    tuhan jugak berfirman dalam surah Al-Mu'min,
    ayat 60.."Berdoalah kamu kpd ku,nescaya aku
    perkenankan doa permohonan kamu. Sesungghnya
    orang2 yg sombong takbur drp beribadat dan berdoa' kpd ku,akan masuk neraka jahanan dalam
    keadaan hina".
    Dalam riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi jugak
    ada menyebut Doa' itu satu ibadat. Jadi kenapa
    Najid dan pemimpin2 UMNO takut kpd Doa'.
    Harus diingat, tuhan jugak sudah berjanji kpd
    orang2 islam sekiranya kamu mendapat kesusahan
    atau dizalimi, kamu mesti memohon pada ku dgn
    rasa rendah diri sambil berdoa nescaya aku perkenankan permohonan mu itu.
    Sesungguhnya TGNA, cuma berdoa yang menentukan
    tuhan. Kalaulah benar Najib rasa dia tidak
    bersalah, apa yg nak ditakutkan. Terserahlah
    pd tuhan. Bukankah tuhan maha mengentahui..
    Begitu jugak dgn Najib dan pemimpim2 UMNO yang
    lain, mereka jugak org islam dan bolih memohon
    serta berdoa pd tuhan supaya mereka semua di
    lindungi dari doa' doa' TGNA itu. Selepas itu terserahlah pd tuhan, siapa yg benar atau siapa
    yg dizalimi. Kita manusia cuma merancang, yang
    menentukan tuhan.
    Jadi.. Janganlah Najid dan pemimpin2 UMNO yg
    lain nak politikan isu2 ini saban hari. Bukan
    kah kita orang Islam dan Islam itu sendiri
    menggalakan orang2 itu berdoa' sekiranya mereka
    mendapat kesusahan atau dizalimi dan apakah yg
    nak ditakutkan dgn doa' sampai dijadikan
    berita2 utama..

    BalasPadam
  2. orang umno bukan takut TGNA berdoa,cuma yang diperkatakan oleh umum kenapa kempen orang ramai dan hebohkan tentang doa tersebut....siapa politikkan doa....PM tak tahu menahu pon kalau TGNA senyap senyap doa...ini heboh seluruh malaysia nak berdoa....nak tunjuk pada siapa kita orang alim....tak payah tunjuk tuhan tahu apa yang kita buat....saya tak masuk mana mana...cuma kurang elok cara begitu.....

    BalasPadam