Khamis, 10 Disember 2009

UMNO, SILA JAWAB SOALAN INI


Zolkharnain Abidin

Ada dua soalan menarik yang dikemukakan oleh Nga Kor Meng, MP Taiping yang patut dijawab oleh Umno.

Pertama, bagaimana rakyat Malaysia boleh menghayati konsep 1 Malaysia dan ketuanan Melayu sedangkan konsep itu tidak memperlihatkan kesaksamaan dari segi bangsa?

Kedua, adakah konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah selari dengan impian bangsa Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya?

Semua orang tahu, ketuanan Melayu hanyalah retorik Umno sahaja. Ianya dilaungkan sungguh-sungguh semasa Umno kurang mendapat sokongan orang Melayu.

Kini, ketika Umno semakin hilang sokongan bukan Melayu, parti itu mempromosikan pula konsep 1 Malaysia, konsep yang lebih lunak berbanding ketuanan Melayu yang agak rasis.

Ringkasnya, semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.

Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.

Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.

Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?

Semasa Umno bermusuh dengan orang Melayu, Umno berbohong dengan konsep ketuanan Melayu dan semasa Umno bermusuh dengan DAP, Umno berbohong dengan konsep 1 Malaysia.

Apa yang benar? Umno hanya tidak bermusuh dengan (sebahagian) Melayu Umno dan tidak bermusuh dengan (sebahagian) bukan Melayu yang menyokong Umno.

Mengapa pula sebahagian? Kerana ada ahli Umno sendiri yang tidak mengundi Umno. Kalau Umno tidak bermusuh dengan orang Umno, tentu tidak akan ada ahli Umno yang tidak mengundi Umno.

Ramai orang Melayu yang melarat, bukan kerana mereka tidak layak menerima bantuan tetapi kerana mereka bukan Umno.

Dulu, semasa borang buku teks sekolah perlukan tandatangan JKKK Umno, ramai anak Melayu yang tidak ditandatangani borang itu oleh JKKK. Anak Melayu begitu dapat buku teks dengan ihsan guru sahaja. Bolehkah orang Melayu melupakan kezaliman Umno itu?

Hari ini, Umno tidak memberikan hak rakyat Kelantan, royalti. Bolehkah 30 tahun lagi rakyat Kelantan melupakan kezaliman Umno ini?

Kalau apa yang dibuat oleh Umno kepada orang Melayu 10 atau 20 tahun lalu, masih diingati oleh orang Melayu kini, maknanya kezaliman Umno hari ini akan tetap dikenang oleh generasi 20 dan 30 tahun akan datang.

Maksudnya, hari ini orang Melayu benci Umno. 20 atau 30 tahun lagi pun, orang Melayu benci Umno.

Umno juga pernah bermusuh dengan bukan Melayu. Semak balik kenyataan pemimpin-pemimpin Umno ketika krisis parti itu dengan MCA. Apatah lagi tindakan pemimpin-pemimpin Umno terhadap orang bukan Melayu DAP.

Kalau orang Melayu tidak boleh melupakan kejahatan Umno, tentu itu juga perasaan orang bukan Melayu kepada Umno. Kebencian kepada Umno oleh orang Melayu dan bukan Melayu tidak pernah pudar. Kenapa? Kerana Umno menipu mereka dengan slogan yang diciptanya, ketuanan Melayu dan 1 Malaysia./Harakahdaily

4 ulasan:

  1. UMNO tak ada masalah, yang bermasalah ialah "tuan" dan 'puan" UMNIO tu ... Bermula dari Tun Dr M hingga ke saat ini ... semua "tuan" dan "puan"nya bermasalah.

    BalasPadam
  2. UMNO bermula dari nama lagi suka salah kerana mengambil singkatan org putih untuk pertubuhan orang Melayu. Dari situ tahap penghormatan kepada bahasa kebangsaan dan keikhlasan perjuangan penajanya dari dulu2 sudah boleh dipertikai.. makna dari asal mula.. dulu kini dan selamanya org Melayu ditipu dan tertipu..

    BalasPadam
  3. Satu Malaysia hanya angan2 politik. Dari Perikatan kepada Barisan kini telah berusia 52 tahun. Tiada ideologi yang nyata untuk menuju satu negara satu bangsa. Taktik 'divide and rule' masih menjadi warisan memerintah. Tidak ujud antagonism bangsa dalam BN. Melayu, China dan India masing2 masih mengamalkan politik chauvinism (sempit) Malahan Melayu yang yang berada di luar BN itu sendiri dianggap musuh apatah lagi bukan Melayu. Ingatlah Jepun pernah berangan-angan dengan konsep 'One Asia' tetapi amalan politik sempit bangsa/kaum mengundang kemusnahan. Hingga kini tiada nationality atau Nation of Malaysia. Politik UMNOBN hanya berkisar untuk kepentingan mahu memerintah negara walau dengan apa cara.

    BalasPadam
  4. Kesaksamaan yang macamana... Minta DAP rancang bagaimana Malaysia boleh mencapai kesaksamaan penguasaan ekonomi dikalangan bangsa.

    Kita tak nafikan kerana kerajaan ini dikuasai orang Melayu, atas sikap perkauman Melayu adalah kelebihan dan perlindungan yang dirasai oleh orang Melayu. Itu yang Cina tuntut. Kita orang Melayu kenalah menuntut kesaksamaan yang diboloti oleh orang China. Kita tengok jawapan mereka pula.

    Kita bodoh sombong. Kekuatan tak seberapa. Apa kekuatan ekonomi kita, apalah sangat kekuatan politik kita, apalah sangat kesepakatan orang Islam berbanding Asobiyah Cina. Asobiah Melayu pun asobiyah suku-suku dalam bangsa Melayu berteraskan dengki kot.

    Tapi kita berasa macam orang kaya, macam orang berkuasa dinegara ini. Orang Cina minta macam-macam, kita berasa kita TUAN dan perlulah berlaku 'adil'. UMNO sekarang perlu dijatuhkan dan kerajaan DAP+ M4elayu kena didaulatkan. Kenapa beri DAP kekuatan politik setelah mereka menguasai kekuatan ekonomi. Apa dasar Isla yang dapat didaulatkan apabila Cina dan Hindu mempunyaiu suara yang kuat?...

    Org Melayu tak sedar nak melanjutkan pelajaran anak pun takde duit dalam bank dan takde orang Islam boleh bantu dek kerana melebarnya kelemahan ekonomi orang Islam bangsa Melayu ini.

    Kalau bergabung biarlah diri kita tu akan jadi lebih kuat. Ini tidak, nampaknya kerusi DAP diParlimen PR akan memberi mereka bukan setakat menteri-menteri bahkan boleh menuntut TPM pun nanti. Apa pemimpin PKR peduli, yang penting dia naik jadi Perdana Menteri. PKR pun dah jadi parti semua bangsa. Mana orang seperti Ustaz Badrul Amin didakam PKR?...Tiada tempat untukmu.

    BalasPadam