Jumaat, 1 Januari 2010

HADIAH DARI KERAJAAN BUAT RAKYAT TAHUN BARU, GULA NAIK!!

Oleh: WFAUZDIN NS

TERIMA Kasih. Betapa gembiranya rakyat jelata menerima `bonus' dan `hadiah' dari Najib dan kabinetnya sejajar dengan konsep `Rakyat di dahulukan'. Pengumuman kenaikan harga gula amat dinantikan kerana melambangkan keikhlasan kerajaan mendahulukan rakyat. Sila baca berita tersebut di sini.

Tahun baru dengan harga gula yang baru. Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi dan ianya secara tiba-tiba. Teringat kita kepada zaman Pak Lah bila harga minyak dinaikkan juga secara tiba-tiba, dan Pak Lah akhirnya `tersungkur'. Najib mungkin tidak mahu kalah dengan `kecerdikan' pimpinan Pak Lah. Rakyat bertuah kerana pimpinan Umno tidak pernah lupa mewarisi kepimpinan lamanya dan Umno tetap seperti dulu, kini dan selamanya./Kembali ke laman asal di sini.

1 ulasan:

  1. Kalau sokong amanat 'rakyat didahulukan' jangan merungut gula mahal. Apa salahnya di Indonesia lagi mahal. Satu kilo berjuta harganya!!!

    BalasPadam