Selasa, 12 Januari 2010

HEBAT !! DUA TOK GURU `CHECK MATE' SERENTAK


Tok Pepijat

Kita seolah-olah sedang melihat atau menghadapi satu "game politik". Mungkin seperti satu permainan Chess (catur). Siapa sedang merancang "checkmate" ?


"Game 1 " - Kebenaran Mahkamah Tinggi penggunaan kalimah ALLAH.

" Game 2 " - Rayuan oleh KDN menangguh keputusan. Mahkamah benarkan.

" Game 3" - PM Najib benarkan demostrasi di masjid seluruh negara.

" Game 4" - IG Musa larang demostrasi.

" Game 5 " - Demostrasi oleh barua-barua UMNO seperti Pekida, GPMS, Pewaris dan Perkasa.

" Game 6" - 3 Gereja di lontar molokov coktail dan ada disimbah cat.

" Game 7" - PM Najib bagi bantuan RM500,00 untuk baikpulih gereja yang diserang.

" Game 8" - Menteri Polis Hishamudin ancam guna ISA.

" Game 9 " - PM Najib sekonyong-konyong mendakwa UMNO tidak terlibat dengan serangan ke atas gereja. Najib juga mendakwa UMNO bukanlah Parti Perkauman.

" Game 10" - Serangan ke atas Gereja masih berlaku.


Setelah isu kaum, UMNO gagal. Kini UMNO cuba "hidupkan" isu agama. UMNO menjangkakan PAS akan "menari" bersamanya dalam "game" ini.

Malangnya PAS terlebih dahulu "checkmate" melalui lawatan ke gereja yang terlibat oleh Pimpinan Tertinggi Mursyidul Am TG Nik Aziz dan Presiden TG Haji Hadi. Turut melawat Naib Presiden dan Ketua Pemuda.

Akhirnya bantuan RM500,00 oleh PM Najib umpama debu di tiup sepoi-sepoi angin. Orang bagi, kita ambil. Percaya tidak sekali-kali.

Nampaknya talian hayat yang ada pada UMNO kini hanyalah ISA./Harakahdaily

3 ulasan:

  1. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    BalasPadam
  2. Saya juga bangga bila PM bagi Setengah juta kat Gereja. 1malaysiala...pasai masjid kampung saya dah bertahun minta di tar, hampeh...
    jawabnya peruntukan habis..

    BalasPadam
  3. bah lontok........
    terpulang kapada suku kaum untuk memahami agama apa..sedangkan islam sudah memberi penjelasan.
    mana yg baik dan mana yg tak baik.
    kalau kamu yg memilih bukan islam tu makna kamu lah yg menangung sendiri..
    islam bukan agama paksaan.hanya ilmu sahaja diberi dan syariat mnjadi peraturan undang undang untuk yg islam sahaja..
    mungkin kamu akan lebis jelas di alam akhirat nanti siapa yg benar dan siapa yg salah..
    aku harap bah lentok memahami islam sebaik nya..bukan islam pakturut sahaja...macam islam UMNO (islam taklid )

    BalasPadam