Isnin, 11 Januari 2010

Pintu gereja di Seremban terbakar


Jan 11, 10

Sebuah lagi gereja, kali ini di Seremban, mengalami kesan terbakar pada pintunya, dan dipercayai dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan di gereja Sidang Injil Borneo berhubung kejadian itu, difahamkan terjadi beberapa jam lalu.

NONEKejadian pertama itu, di Negeri Sembilan, mendapat perhatian luar biasa susulan beberapa insiden serangan terhadap rumah ibadat Kristian sejak serangan Jumaat lalu yang menghanguskan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati (foto).

Sebelum kejadian terbaru ini, tujuh buah gereja menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Sumber: Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Semua organanisi sama ada politik dan non politik mengutuk dan minta segera hentikan vandilism merosakkan rumah ibadat ini. Namun masih ada si celaka yang melakukannya. Apakah kambing hitam yang diburu atau domba emas yang dicari belum ditemui?

    BalasPadam