Selasa, 19 Januari 2010

TEGUR ARTIS CIUM PIPI, SIAPA YANG CIUM ARTIS BOLLYWOOD DULU TU?

Hamba Allah

Seorang artis dikenali sebagai Black ditegur TV3 kerana aksinya mencium pipi artis perempuan lain, kononnya dianggap ibu sendiri.

Isu ini kelihatan kecil dan remeh. Mungkin ada yang berkata itu hal peribadi. Ia tidak pula menjejaskan keselamatan negara atau kedatangan pelabur asing.

Tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia menjadi suatu fenomena biasa dan kemudiannya menjadi budaya yang asalnya asing dalam masyarakat Melayu Islam, maka ia boleh merebak lebih dari itu.

Lepas cium pipi menjadi kebiasaan, cium bibir pula. Lepas itu berpelukan. Aksi yang lebih jauh dari itu secara terang-terang akan menjadi biasa.

Dalam filem Barat, aksi ranjang, telanjang tidak pelik. Filem Melayu masih dipotong. Tidak mustahil jika mungkar yang kecil tidak ditegah, ia akan menjadi mungkar lebih besar.

Benarlah Allah yang berfirman ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina.’ Allah tidak menyebut ‘jangan berzina’. Bahasa al-Quran sangat tinggi. Mendalam ertinya.

Orang fasiq memang menganggap dosa kecil itu perkara remeh sahaja. Mereka memang jahil hukum, tak reti agama. Lihat sahaja jawapan Black tentang ciumannya itu kepada perempuan bukan mahram yang dianggap ibu sendiri itu.

Cara menjawab macam tak pernah masuk KAFA langsung. (Bagi yang jahil, KAFA tu bukannya Kedah Football Association tapi kelas fardhu ain, tau!)

Islam mengajar kita supaya bencikan kufur, fasiq dan dosa. Cium pipi itu ialah perkara fasiq dan dosa. Bukan soal jaga tepi kain orang, tetapi mencegah mungkar mesti dilakukan.

Apa yang dibuat oleh Black pun bukan baru. Rosmah Mansur, wanita pertama Malaysia sendiri pernah melagakan pipinya kepada pipi artis Bollywood. Contoh inilah yang diambil, sedangkan pemimpin dan isteri pemimpin mesti menjadi teladan yang baik kepada anggota masyarakat lain.

Apabila mereka buat, disiarkan di media, tiada yang tegur, atau tak berani tegur. Anak muda akan kata: ‘Lihat! Isteri PM pun buat. Tak ada ulama yang tegur. Jamil Khir tak tegur. Masyitah tak tegur. Hamid Othman tak tegur.’

Saya pernah menegur tentang isu tarian 1Malaysia. Teguran demi teguran bermaksud membetulkan. Islam mengajarkan demikian.

Soal anda mahu ikut atau tidak, terpulanglah tetapi tugas menyampaikan sudah dilakukan. Saya berlepas diri dari mungkar yang dibuat oleh pemimpin dan anggota masyarakat yang fasiq.

Menteri jaga tv dan media kawallah aksi-aksi, lagak, penampilan dalam apa jua program agensi di bawah anda./Harakahdaily

1 ulasan:

  1. malaysia bukan lagi negara demokrasi tapi kukubesi. orang yang ada kuasa buat boleh, orang yg kecil buat, pandai lak mereka dan tau lak benda tu kalau dibuat salah. bak kat soja dulu2, pegawai atasan mengarahkan anggota bawahannya 'buat apa yang saya suruh buat, jangan buat apa yang saya buat'. engkau jangan becium dengan orang bukan muhrim, tapi aku tak pa, pasal pangkat aku kan lebih besar pada kau.

    BalasPadam