Khamis, 11 Februari 2010

ANWAR DAN NIZAR GEMPUR UMNO MALAM INI DI BATU CAVES

Oleh: WFAUZDIN NS

IBARAT harimau terluka, kedua-dua pemimpin PR yang telah dizalimi ini akan meneruskan perjuangan mereka tanpa mengenal erti tewas dan gentar. DS Anwar kini di dalam proses untuk membersihkan namanya dari terus menjadi mangsa konspirasi politik musuh ketatnya, manakala DS Nizar pula yang baru dirampas kerusinya secara tidak berdemokrasi akan terus mempertahankan haknya. Inilah dua tokoh pemimpin yang tidak pernah serik untuk memberitahu rakyat betapa negara ini sedang menghadapi kehancuran akibat mainan politik yang jahat dan rakus.

Malam ini, bertempat di Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Cave, Selangor mulai jam 9 mlm, kedua-dua pemimpin ini akan mendedahkan berbagai kemungkaran dan kezaliman Umno/Bn. Sudah pastinya rakyat akan menantikan apakah reaksi kedua-dua pemimpin ini setelah keduanya merasai kesan kezaliman ke atas diri mereka. DS Anwar dikatakan telah mula kekurangan sokongan puak reformasi apabila melihat kekurangan golongan ini ke mahkamah beberapa hari lalu. Benarkah begitu? Jika benar, apa perlunya amaran demi amaran dibuat oleh pihak berkuasa untuk mencegah penyokong-penyokong DS Anwar berhimpun secara aman di mahkamah? Baru-baru ini ceramah DS Anwar dihalang oleh mereka, kerana apa? Takut kepada pemimpin yang dikatakan kehilangan penyokong inikah?

Us Azizan pemimpin dari PAS Kedah pula mahu rakyat Perak menerima secara terbuka keputusan mahkamah ke atas DS Nizar. Mursyidul Am PAS pula mahukan rakyat Perak sekurang-kurangnya `benci' kepada keputusan itu dan kerajaan haram yang dilantik itu. Bagaimana pula pendirian kita? Justeru itu, marilah kita bersama-sama mendengar sendiri dari mulut pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman ini.

Selain dari DS Anwar dan DS Nizar, ceramah pada malam ini juga akan dipanaskan suasananya dengan pidato YB Azmin Ali. Apakah isu di Selangor atau pendedahan penglibatan Pemuda Umno di dalam isu pembakaran gereja seperti yang didakwa oleh YB Azmin turut akan didedahkan? Sama-sama kita saksikan malam nanti.

Harapan kita, kezaliman tidak berterusan lagi malam ini. Jangan lagi ada sekatan untuk merealisasikan demokrasi di negara ini. PR telah diasuh untuk tidak menjadikan negara ini huru-hara dan kacau bilau. Oleh itu, jangan khuatir kepada perhimpunan ceramah malam ini. Kepada pihak berkuasa, utamakan lah tugas kamu membenteras jenayah yang semakin menular sekarang ini dari kamu terus mengawasi kami yang tidak pernah terbukti melakukan huru-hara./Kembali ke laman asal di sini.

4 ulasan:

  1. tolong buat live streaming.

    BalasPadam
  2. pooodaaah +pundek (bahasa anwar) 10X

    BalasPadam
  3. alang2 dtg sana leh wel-wel sekali.
    Hahahahaha

    BalasPadam