Selasa, 23 Februari 2010

DEPAN TV 3 MEREKA HEBAT, BERDEPAN TERBUKTI BACUL

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.


Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

SUMBER: MALAYSIAKINI

KOMEN: BILA INI BERLAKU,MAKA RAMAI YANG AKAN MENEMPELAK UMNO KERANA HANYA BERANI BERSUARA DI TV3,KITA MAHU MELIHAT NAINA MERICAN TURUT BERDEBAT TERMASUK KETUA PEMBANGKANG AZHAR.INI BARU KITA NAMAKAN SEBAGAI BERANI KERANA BENAR DAN UNTUK NAK MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO MEMBELA MELAYU PULAU PINANG.MANAKALA PAKATAN RAKYAT DI BAWAH DAP MENINDAS MELAYU PULAU PINANG.

ADA YANG TAK SEDAR DIRI, KENA HALAU DARI PULAU PUN DATANG MENETAP DI SEBERANG PERAI DAN KULIM ..MASIH DOK SOKONG UMNO LAGI.AKAI TAK DAK....

2 ulasan:

  1. Umno juara Melayu Pulau Pinang.Sejak Pulau Pinang diiystiharkan sebagai sebuah negeri Melayu yang berdaulat dari 'Negeri Selat' 'Malaya' dan 'Malaysia' Melayu belum pernah jadi 'Ketua Pentidbir' negeri pulau ini. Bertukar ganti 'Mat Saleh' jadi ketua. Penat Umno berjuang merdeka Wong Pau Ni jadi ketua dituruti oleh Lim Chong Yu, Koh Soo Kun dan kini Lim Guan Eng pula. Terkucai-kucai mereka hari ini serba tak kena. Alahai apa dah jadi dengan Pulau Mutiara ini!!

    BalasPadam
  2. Setiap pimpinan UMNO samada, pemuda atau menteri2 nya hanyalah berani berkokok dan buat kenyataan didepan tv atau pun diakhbar2. Kalau di tv dan akhbar buat kenyataan begitu hebat tanpa fakta dan hujah, tapi bila pemuda2 PKR ajak berdebat sunyi sepi dan berbagai2 alasan.

    Saya nak tanya pemimpin2 UMNO, sejak bila melayu/islam pulau pinang terpinggir? Sudah satu abad UMNO-BN memerintah pulau pinang tapi kenapa tak dibela? Setelah PR memerintah pulau ini, barulah UMNO nak bela orang2 melayu yg miskin dan terpinggir. Ketika ada kuasa, rasuah disana sini, melayu dibiarkan miskin dan terpinggir.Janganlah nak politikan kemiskinan melayu melalui cerita2 donggeng.Jika nak bela melayu, kenapa takut bila diajak berdebat. Dalam debat nanti berilah fakta dan bukti apa pasal melayu jadi miskin dan terpinggir. Janganlah gunakan melayu/islam terpinggir untok kepentingan politik. Rakyat hari ini bukannya bodoh, mereka dah tahu siapa UMNO yg sebenarnya.

    BalasPadam