Ahad, 7 Februari 2010

KONSPIRASI AKAN MAKAN TUAN - KETUA AMK

AMK Beri Amaran Sejarah Akan Berulang

Sejarah bakal berulang jika Umno-BN tidak mengambil iktibar dari kebangkitan rakyat 1998.

Tanggapan itu disuarakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin mengulas perbicaraan konspirasi dua yang dihadapi pemimpin reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan perbicaraan sama 10 tahun lalu menyaksikan gagasan pembangkang, atau Barisan Alternatif, berjaya membongkar kubu-kubu utama Umno-BN dalam pilihanraya 1999.

Shamsul tidak menolak konspirasi ini akan memakan tuan, seraya menganjak kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti sependapat dengan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

“ Kes Anwar Ibrahim ini sekali lagi mampu memecahkan kita panggil kemelut, isu medianya, kemelut isu kehakimannya, kemelut isu pilihan rayanya, dan ini akan memberi ruang gelombang kedua kebangkitan rakyat dan saya mahu kita mencuri peluang ini dan memberitahu signal yang kuat kepada Najib, you have make a wrong decision, jika kamu meneruskan kes Anwar Ibrahim ini. Saya yakin ini belum terlambat kalau mereka betul-betul yakin ini satu keputusan yang salah, saya mahu Najib fikir semula, masih belum terlambat” ujar Yusmadi.

Dalam pada itu Shamsul melahirkan keyakinan bahawa rakyat semakin kritikal dengan tindak-tanduk pemerintah mutakhir ini.

Apa yang jelas, kata Shamsul, nafas reformasi merentasi generasi 1998 hingga ke hari ini, dan menambah masyarakat makin peka dengan apa juga kecurigaan yang berbangkit sepanjang perbicaraan ini, terutamanya di ruang maya.

“ Apa perkara yang mereka belajar waktu itu, apa pengalaman yang boleh kita kongsi, mereka berkata ada elemen yang disebut unintended consequences, sesuatu tindak balas yang kita tidak jangka, yang ini yang membantu proses kebangkitan rakyat itu. Apabila isteri-isteri tentera misalnya dari konteks kebangkitan rakyat di Filipina, tidak lagi pergi mengundi tetapi keluar bersama-sama rakyat di jalan raya. Itu mesej yang ingin saya sampaikan kepada pimpinan UMNO-Barisan Nasional” katanya. SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN/TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan