Jumaat, 19 Februari 2010

PUAK UMNO YANG GIAN NAK BERARAK TU JOM BACA SINI

Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!!

~ pendikar gunung kriang
Sumber: Kedahlanie.blogspot

3 ulasan:

  1. salam perjuangan,

    kenape krajaan DAP 2 x nak buat prrakan maulud r ???ape alasan diorang ??

    #sekadar nak tau..hehe

    BalasPadam
  2. tak payahlah berarak maulud, ini kerja bidaah, Islam tak perintah pun. Tak wajib, sunnah nabi pun tidak. kalau dan gian sangat nak berarak tunggu thaipusam akan datang join sekali!! apa salahnya spesis kau orang kat Penang ni pun tak jauh beza!!!

    BalasPadam
  3. Betul tu. Apa lah sgt berarak2 ni. Buang masa jer. Kerajaan dah bagi cuti sehari lebih baik digunakan sebaiknya berehat dekat rumah. Selawat ke atas Nabi SAW kita boleh buat senyap kt rumah. Jgn kuat2, nti org kata tak menghormati jiran2 yg berlainan agama pulak.

    Klu PRU13 nti PR menang besar, kita hapuskan pulak cuti sehari tu. Barulah masyarakat produktif namanya.

    Nti bila anak2 kita tak tahu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW, pandai2 lah kita jawab pada Allah SWT.

    BalasPadam