Jumaat, 5 Februari 2010

SAIFUL BAKAL TERPERANGKAP DENGAN HUJAH PEGUAM ?

Gaya seorang `mangsa liwat'.....aku ingatkan YB mana tadi..


Apa tidaknya, Saiful perlu memahami setiap perkataan yang diucapkan di mahkamah. Jika beliau tersilap bicara maka buruk padahnya. Saiful sebelum ini telah beberapa kali memutar belitkan fakta kes liwatnya. Sekejap mengatakan diliwat beberapan kali oleh Anwar sekejap sekali. Kemudian sekejap suka sama suka kemudian dipaksa. Ini jelas membuktikan yang beliau tidak konsisten dengan apa yang diucapkannya itu. Oleh itu kita harus melihat semua ini sebagai petanda awal yang perancangan mereka bakal menemui jalan buntu sebenarnya. Saiful boleh bercerita apa sahaja di mahkamah tentang kejadian liwat tersebut, namun beliau harus sedar bahawa yang menyokongnya hanyalah seorang peguam "kelas tiga" bernama Zamri Idrus, ayah dan pakciknya sejak dulu kini dan pasti buat selamanya. Anwar dibela oleh barisan peguam yang cukup terkenal dan "highclass", dimana ia membuktikan mereka yakin untuk membela anak guamnya itu. Dalam masa yang sama juga beliau harus sedar bahawa Anwar disokong oleh ribuan rakyat dan umat Islam seluruh dunia. Bukan itu sahaja, Anwar disokong juga oleh ulamak tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz serta ramai lagi. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga disokong oleh tokoh ulamak tersohor Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan yang lainnya. Bukankah ini bukti jelas bahawa dunia melihat kes liwat ini hanyalah satu konspirasi politik jahat yang digunakan untuk menghancurkan serta menjahamkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebenarnya.


[Dengan segala penjelasan ini maka ingatlah "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu adalah yang lebih utama". Anwar pernah menggunakan ayat Al-Quran itu ketika dibicarakan untuk kes liwat I dulu. Alhamdullillah akhirnya beliau dibebaskan dari mahkamah. Namun pembebasannya itu masih tidak digemari oleh orang-orang seperti Mahathir, Ghani Patail, Musa Hassan serta ramai lagi penyokong UMNO karat. Mereka menganggap Anwar tetap bersalah dan keputusan membebaskan mantan TPM itu adalah terkhilaf. Lantaran itulah mereka percaya bahawa Anwar memang peliwat dan kes terbaru ini mengesahkan segalanya. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sekali lagi difitnah dan Saiful Bukhari Azlan pula dijadikan "kambing hitam" pada kali ini. Apapun sama-samalah kita nantikan prosding seterusnya yang lebih panas hari ini].

Sumber: Pahang Daily Online

7 ulasan:

  1. soalan aku macam mana dia ni solat....ada tanda d dahi kononnya insaf?waktu dia kena f... tu time asar dah nak masuk..dan muslim yg mukmin tentu bersolat,ada tak dia mandi hadas besar selepas d rogol tersebut?kalau mani pun masih berlemuih dim dubur dan qubul ...macam mana nak bersolat...tak angkat hadas besar......kalau mandi hadas besar macam mana dgn mani tu ...tidakkah ianya dicuci bersih???jabatan kimia buat apa?

    BalasPadam
  2. masa kes liwat 1,bermacam saksi penipu,pereka fitnah ditampilkan...

    selepas kes liwat 1 tamat, kita lihat sekor2 dibala Allah...

    apa hal khalid jaffri? Dr ristina.??umi hafilda??azizan ?? mokhtar dugong??

    semuanya dapat cash payment dari allah..

    daim??mahathir??konspirator??

    semuanya hidup tak macam manusia...

    kali ni liwat 2 berlangsung...

    kita tunggu sayfool punya nasib....

    BalasPadam
  3. sama sama kita doakan semoga DSA selamat dalam becara..dan semoga tuhan tunjuk jalan yg baik untuk DSA..insyallah.

    kalau tuhan nak bagi contoh kepada rakyat biarkan tuhan balas budak sipul ni dimuka dunia ni..baru rakyat takut untuk main main fitnah...insyallah

    BalasPadam
  4. hebat mana pun lawyer lawyer Anuar, kalau dah ditakdirkan Allah bahawa Anuar akan jatuh terlungkup, dikeji dan diludah-ludah, tak ada sesiapa pun dapat menolong dia.

    Kesian dia dan juga kesian pada penyokong-penyokong dia yang masih tak sedar ditipu hidup hidup oleh seorang hipokret abad ini.

    BalasPadam
  5. kalau dah suka,semua nya jadi baik...kalau tak suka,apa saja semua nya tak betul...sabar lah insan yang mulia,tunggu lah keputusan mahkamah,jangan lah anggap semua orang lain jahat dan tak betul...jangan lah menganggap kita saja yang baik dan betul....tuhan ada...tuhan tidak menganiya hamba nya...hamba nya menganiya diri nya sendiri.

    BalasPadam
  6. ish..ish..ish.. pandainya anonymous nih 11:14.. Kawan ni tak nampak bukti. tak berani nak kata anwar meliwat atau tidak. begitu jugak tak berani kata si saiful ni betul atau salah. Tapi seperti apa tuduhan saiful ni, 9 kali juburnya dirobek. Mengapa kali ke sembilan baru nak buat report? setelah sekali dijubuhkan, kenapa masih ada lapan kali lagi ? Macam ni punya tegap takkan la langsing tak boleh melawan? cuba anon sendiri dalam keadaan ni... adakah anon akan menonggeng jer? boleh pula tu sampai 9 kali diliwat di hari yang berlainan..? jika benarlah ia berlaku sekalipun, maksudnya disini.. masa lapan kali kena jubur tu sedap laa.. sebab tak buat report.. masuk kali yang ke9 baru rasa sakit? mcm tu ke? jika benar mcm tu bermakna saiful pun mmg suka la juburnya dirobek kan?

    BalasPadam
  7. Pertuduhan liwat ke atas Anwar kali pertama, adakah Tuhan jatuhkan martabat Anwar? Tidak, Anwar terus dihormati orang seluruh dunia. Anwar di muliakan tidak dihina. Itu lah kerja Allah yg menjaga maruah insan yg difitnah. Adakah kali ini Anwar akan terhina lagi? Jika Anwar tidak bersalah dan masih lagi difitnah oleh binatang2 tu, maruah Anwar tetap terbela hatta dia dipenjarakan. Saiful? Kau tunggu penghinaan rakyat di dunia dan penghinaan Allah di Akhirat jika kau kaki fitnah!!!

    BalasPadam