Ahad, 14 Februari 2010

SIAPA MAHU IKUT MANUSIA HINA INI?

Zahrain Tiada Sokongan Ahli Akar Umbi

Bagi ahli cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diterajui Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, mereka sudah lama hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Bayan Baru.

Malah, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman berkata ahli cabang itu sebelum ini pernah bercadang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Zahrain.

Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang itu percaya Zahrain tidak mendapat sokongan akar umbi, malah tiada seorang pun ahli cabang yang mengikut langkah Zahrain.

Mansor juga menyatakan Zahrain jarang turun padang. Kebanyakan kerja di kawasan Parlimen Bayan Baru dilaksanakan oleh ADUN kawasan masing-masing

"Pertama sekali bila dia mula buat serangan atas pimpinan parti,lepas tu dia buat serangan atas Ketua Menteri, hari ke dua selepas itu Ketua Umum,jadi kita jangka dia dah buat keputusan macam inilah(ketua parti)" kata Mansor kepada Tv Selangor.

"Maknanya bila dia serang kepimpinan parti, dia memang bercita-cita untuk inilah (keluar parti).Jadi itu maknanya keputusan yang dibuat itu bukan di luar jangkaanlah selepas dia buat keputusan itu, cabang dia mahu berjumpa dengan dia tapi dia tak mahu dia tidak turun buat keputusan dicabang ini menunjukkan dia tak berani berdepan dengan ahli di peringkat cabang. Dia termasuk dalam golongan yang meletakkan kepentingan diri dahulu" tambahnya lagi.

Menurut Dr. Mansor, serangan Zahrain ke atas parti dan kerajaan Pulau-Pinang membuka ruang bagi tohmahan dan serangan dari Umno.

"Sebab dia perkara pokok dia macam ni, bila dia mula buat serangan tu, maka UMNO ambil kesempatan. Jadi dia buka floodgates".

"Untuk buka ruang bagi UMNO untuk serang kita, serang parti. Kalau kita tgk semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO itu semua kata memang PKR dalam keadaan huru-hara, kucar kacir dan ramai pemimpin dia tak berpuas hati cara parti mengendalikan isu-isu itu membuka ruang bagi mereka serang parti" kata Mansor./TVSelangor

1 ulasan:

  1. Biak pie kat depa la,sapa2 nak keluak lagi silakan hat nie sampah sarap yang tak guna,depqa nie tak bulih orang hulur pembesar suara mola la depa nak mengarut,dulu sebelum jadi wakil raayat tak dak sapa nak huluk pembesar suara,la nie tambah2 jadi wakil PR,banyak la depa duk huluk pembesar suara,apa lagi dok tengah kemaruk,tak kira kawan dah dia bantai,lawan tak yah dok kempen dah,cuma dok tepok tangan saja,hampa tunggu la pru13 nie hampa nak pie mana.

    BalasPadam