Isnin, 8 Februari 2010

TAHNIAH PKR SELANGOR DAN WILAYAH KERANA BERJAYA KELUARKAN KAKI-KAKI YANG BUSUK

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca berita yang dilaporkan oleh Bernama di sini, sedikit pun tidak merisaukan kita bahkan kita patut mengucapkan tahniah kepada PKR Selangor dan Wilayah. Berita keluarnya beberapa kerat kaki yang busuk dari PKR di Selangor dan Wilayah tidak memeranjatkan kerana sememangnya kita sedia maklum bahawa di dalam PKR masih ada lagi manusia yang lapar dan sentiasa mahu disuap. Mereka masih di alam purba yang mengharapkan PKR akan bertindak seperti Umno apabila berkuasa.

Sejak dari awal lagi sebaik sahaja PR mendapat kuasa memerintah di Selangor, mulut-mulut yang berkaki busuk ini sentiasa menganga untuk disuap. Malang bagi mereka, PR bukan seperti Umno/Bn yang sentiasa mendahulukan kaum kerabat dan rakan taulan. PR adalah wadah perjuangan rakyat dan pemimpin mereka hanya berkhidmat untuk rakyat. Berkali-kali pimpinan PKR mencabar sesiapa sahaja yang tidak dapat menerima alaf politik baru yang memperjuangkan rakyat ini agar keluar serta merta. Nah, Alhamdulillah, mereka ini akhirnya munculkan diri dan mengangkat tangan tidak sanggup lagi `berlapar' tanpa sebarang imbuhan bersama PKR.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang sedang `berlapar dan menganga' di dalam PKR sekarang ini akan keluar segera dari PKR dan mintalah apa pun dari Umno/Bn agar perut mereka berisi segera. Tahniah sekali lagi kepada PKR kerana sikit demi sedikit parti ini berjaya mengeluarkan beberapa kerat kaki busuk yang banyak merosakkan PKR bagi menghadapi pilihanraya akan datang,/Kembali ke laman asal di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan