Sabtu, 27 Mac 2010

16 SEPT BUKAN HASUTAN, AZMIN DEDAH KISAH SEBENAR

16 September bukan hasutan

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) menggunakan hasutan untuk merampas kuasa Kerajaan Pusat dalam peristiwa 16 September ditolak sekeras-kerasnya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, PR sebenarnya menggunakan saluran yang betul pada hari tersebut malah mengutus dua surat kepada Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kiriman kepada Perdana Menteri yang menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang bertarikh 18 September yang bertajuk ‘Petisyen mengadakan persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul bahawa dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (ketika itu) sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau’ telah ditolak sama sekali.

“Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar berani bahawa kami (PR) tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk merampas Kerajaan Pusat, mereka sudah tentu akan membenarkan sidang khas ini.

“Saya tahu mereka takut, sebab itu Perdana Menteri tidak berani memanggil sidang khas ini untuk membuat undi tidak percaya, ia bukanlah hasutan seperti yang didakwa Nazri,” katanya kepada Sinar Harian di Parlimen, semalam.

Katanya, oleh sebab percubaan untuk membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat gagal, PR mencuba saluran lain iaitu untuk menjelaskan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengikut Fasal 43 Perlembagaan Malaysia, parti yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru.

“Merujuk kepada Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang boleh minta kepada Perdana Menteri membuat sidang khas, seperti dalam surat ini ditulis sidang khas ini akan diadakan pada hari Selasa 23 September 2008,” katanya.

Ditanya kenapa wakil-wakil rakyat BN tidak melompat pada ketika itu, Azmin menjelaskan wakil-wakil rakyat tersebut tidak berani kerana risau dengan keselamatan mereka dan keluarga tetapi menjelaskan jumlah sebenar mereka melebihi dari 30 orang.

“Mereka tidak melompat kerana percubaan kita untuk membuat undi tidak percaya gagal. Kita juga berjanji kepada mereka untuk mendedahkan identiti mereka sehingga sekarang, itu janji kita,” katanya. /Sinar

4 ulasan:

  1. ntahlah...berbelit-belit pula alasan...biarlah rakyat nilai sendiri...rakyat sekarang dah buka mata

    BalasPadam
  2. memang dah kaki penipu....cari dan reka berbagai cara dan masalah nak tipu rakyat....ingat rakyat bodoh ke...puak PR memang dah kena tipu...alang alang dah kena tipu.....dia pulak nak tipu orang....huaaaaa

    BalasPadam
  3. Tipu apanyer....tanya Pak Lah tu, dokumen dan surat ada boleh dirujuk. Bukan ckp dengan air liur je. Pak Lah dulu sendiri ckp beliau tidak benarkan Parlimen bersidang. Ini menunjukkan surat mohon Parlimen bersidang tergempar tu mmg ada. Kalau tak, masakan ada yg lari ke Taiwan..

    BalasPadam
  4. memang benar PR ada hantar surat kepada PM waktu tu...by hand minta adakan sidang tergempar utk undi tak percaya...kalau BN benar2 yakin waktu tu...apa salahnya buat...baru terbukti siapa yg benar2 ada sokongan majoriti..Siap bawa lari MP BN ke Taiwan bulan puasa..tak logik sebab lawatan sambil belajar...secara mengejut plak tu..

    BalasPadam