Khamis, 25 Mac 2010

BERANIKAH YB ZUL SAHUT CABARAN KARPAL ?

Karpal Cabar Zul Nordin Dedah Nama Pihak Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 MAC - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Nordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akauan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibu.

Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifly mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.

"Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu.

"Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam? Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyetakan siapa pihak ke tiga, adakah beliau berani buat laporan polis? Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,"katanya.

Karpal berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat.

Malah beliau turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakta (PKR) supaya mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

"KUlim Bandar Baharu bukan Yang Berhormat dalam dewan malah seorang peguam tetapi jadi pengkhianat bukan kepada PKR tetapi pengundi dalam Kulim Bandar Baharu.

"Di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bayan Baru dapat keistimewaan, baru-baru ini dianugerahkan Datuk Seri, adakah dia layak dapat darjah itu? Kelakuan dia baru-baru ini buat tomahan dalam dewan atas pemimpin dalam PKR.

"Empat ekor ini bukan lagi dalam PKR, tidak bermakna PKR lemah, lebih baik kempat-empat ini terima cabaran saya sekarang,"katanya.

Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding daam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil dalam tempoh 5 tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.

Katanya, mengikut Perkara 51(1) Perlembangaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang dewan selama enam bulan, bemakna kerusi kawasannya kosong, namun tiada halangan untuk wakil rakyat itu bertanding semula.

"Tujuan Mahathir untuk meminda Perlembagaan 48(6) adalah untuk menghalang Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan kepada umum akan letak jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tetapi Mahathir lupa Perkara 52(1).

"Apa yang penting sesiapa yang duduk di dewan mempunyai sokongan daripada pengundi.Bayan Baru ada 27ribu pengundi, Nibong Tebal 20 ribu dan Kulim Bandar Baharu 18 ribu, mereka tidak ada hak selepas jadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat untuk duduk di sini,"katanya./TVSelangor

4 ulasan:

  1. Dia tak berani punya, sebab dia 'KATAK TERBUANG'.

    BalasPadam
  2. "Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam?

    wei karpal, kalu kau nanti lompat party kau akan buat ape yg diorg buat..byk keburukan kat PR ni diselindungi kerana tidak ingin menjejaskan parti..diorg ni slagi bersama parti terikat dgn dasar parti, dan paling utama menyorokkan keburukan parti sbb takut kehilangan undi rakyat..

    tp keburukan kalu da bergunung ganang mmg susah nak disembunyikan lagi..dan ini la yang terjadi..

    BalasPadam
  3. aku pun nak karpal jawab kenapa dia suh anwar bertaubat and letak jawatan sbb byk merosakkan PR..

    karpal jwb ni dulu sblm zul kulim balas cabaran karpal..

    cabar org pandai, org cabar dia buat bodoh..dah la bodoh, buat2 bodoh.

    BalasPadam
  4. ini karpal ke kapal..??..ugut.gertak orang nombor satu.....tapi tahu jer laa...habuk taraaah.....ini peguam oku.

    BalasPadam