Jumaat, 5 Mac 2010

DI BAWAH KOPIAH PUTIHNYA DIPENUHI NAJIS

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK menghairankan sangat apabila terdapat Wakil-Wakil Rakyat dari PR yang Non Muslim bertindak melompat parti mengkhianati amanah rakyat. Ini adalah kerana bagi mereka yang Non Muslim kekuatan yang ada pada mereka adalah ketahanan mental serta moral sahaja. Sekiranya mereka lemah dari segi mental dan rendah moralnya, mereka juga akan turut terpedaya dengan kebendaan serta kesenangan yang dijanjikan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk perut-perut mereka meski pun terpaksa memijak kepala penyokong-penyokong yang mengundi mereka.

Tetapi amat mendukacitakan apabila terdapat juga Wakil-Wakil Rakyat yang berugama Islam yang tahu tentang dosa dan pahala serta yang mengaku beriman dengan Syurga dan Neraka bertindak mengkhianati amanah rakyat. Islam telah mengajar sebaik-baik manusia adalah mereka yang berhijrah dari tempat yang hina serta bersubahat dengan kezaliman menuju ke tempat yang baik dan mengamalkan keadilan. Di dalam kaedah politik, untuk mengetahui parti manakah yang lebih baik, lihatlah kepada dasar parti berkenaan dan usaha untuk melaksanakan dasar berkenaan. Alasan tidak bersetuju dengan kepimpinan atau sesiapa pun di dalam parti sebagai penyebab untuk bertindak meninggalkan parti adalah satu alasan yang munafik dan zalim.

Terlihat kelibat seorang tua yang umurnya sudah di penghujung dunia, memakai kopiah Putih tergagap-gagap membaca skrip di depan TV bagi mengistiharkan dirinya keluar dari parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas amat menyedihkan kita. Kesedihan itu bercampur baur dengan perasaan teramat marah dan jijik. Saya yakin disaat orang tua berkopiah putih itu dengan wajahnya yang tiada seri mengumumkan keluar dari parti, bukan seorang dua dari kita yang tanpa sedar menyumpah dan memakinya, bahkan berjuta mulut mengutuk dan mengejinya. Kita tidak berdosa jika menyumpah atau memaki orang yang berlaku zalim dan pengkhianat. Orang tua ini sepatutnya malu kepada kopiah di atas kepalanya ketika itu. Tetapi sifat malu sememangnya tiada bagi orang yang munafik dan buta hatinya.

Tergambar oleh kita, di bawah kopiah yang dipakainya itu dipenuhi najis yang teramat busuk dan meloyakan. Najis itu akan dibawa oleh tua keparat ini ke mana jua ia pergi. Saya merasa amat sedih apabila Ustaz Ahmad Awang sendiri terpaksa mengambil keputusan untuk mengadu kepada Yang Maha Esa agar tua keparat ini diberi pembalasan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan Ustaz Ahmad Awang yang menjadi orang kuat meyakinkan pemimpin PR untuk mencalonkan si tua ini bertanding. Berkat doanya serta seluruh penyokong yang percaya terhadap si tua ini, maka beliau menang besar. Tetapi, apabila hati sudah terpaut kepada jalan yang sesat, cinta kepada dunia melebihi kasih sayangnya kepada sesiapa pun hatta dengan Tuhannya sekali pun, si tua ini hanyut tidak sedarkan diri.

Kununnya untuk memperjuangkan agama dan menjunjung kasih kepada sistem kehakiman menjadi alasan untuk menjadi barua. Boleh dikatakan satu sejarah apabila kopiah dibawa sebagai saksi untuk menunjukkan sikap Munafik. Kita jangan terperanjat, akan menjelma seekor lagi makhluk yang berkopiah akan muncul di kaca TV akan bertindak seperti si tua ini. Kali ini kopiah putih itu akan melekat pula di kepala seorang manusia bergelar `Firaun Besar'. Kita tunggu sajalah kemunculan `Firaun Besar' dari Kulim Bandar Baru ini. /wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. sebenarnya di belakang buntot anwar yang penuh najis apabila dia berkata-kata tetapi puak pembangkang terutama pas yang sanggup menjilat najis tersebut walaupun tahu yang anwar ni pembohong. nak undi punya pasal, sanggup telan najis yang keluar dari buntot anwar.

    cermin muka dulu sebelum cakap pada orang lain.

    BalasPadam
  2. lerr..aku ingat kau cakap pasal Nik Ajis tadi..hik hik..

    BalasPadam
  3. Setuju Pakngah.Kadang-kadang puak-puak kapiaq harbi sudah tidak mampu menilai lagi mana satu buntut.Akhirnya terhidulah segala taik yang direnjisnya kasturi.Maka pakat2 hidulah bau taik tersebut.Tapi apa pun itu hakikat penyokong yang dibawah kopiah mereka penuh dengan taik.Dan sebenarnya ini Fir'un2 besar dalam kelompok orang melayu hari ini.

    BalasPadam
  4. Santan wajahnya putih,tapi putih jika dicampur dengan hitam akan buroklah ia.Begitulah seorang yang menamakan dirinya Pakngah Santan,mesti seorang yang tua,jika tidak bangka macam aku,tentu ianya seorang telah diselaputi kehidupan yang penuh dengan saraan duit haram menyebabkan sudah terlindong dalam dirinya manusia yang berjuang untuk kebenaran dan mereka mahu terus hidup dengan tembolok rasuah dan penipuan.mata hatinya yang buta menyebabkan dia tiada nampak siapa yang mentedarah duit komisen menyebabkan Malaysia telah menjadi negara yang cukup terkelakangan.Jin Pakngah Santan sanggup menjadi barua dan balaci mereka yang baru setahun jagung terlibat dalam politik tetapi membina kekayaan melampau.Untuk apa kamu hidup didunia Allah ini jika akal yang diberi Allah tidak kamu gunakan.

    BalasPadam
  5. Yahoo,barua barua umno dan bn melilau sakan setelah blog depa tak ada orang mau baca.

    BalasPadam
  6. Hahahaha... aku sama cam anon 9:56.
    Baca tajuk ingatkan ckp pasal ularmak n.ajis tadi.

    Alifbata dah kira duit Ariffahmi lom?
    Duit Nik Abduh pun belum jugak kan?
    Tu baru 'pegang' negeri termundur... klu 2 ekor tu kt Johor ntah camner la tamak halobanya.
    Hahahaha.

    Duit aljuburi, azmin, ustaz guan eng tak yah kira lah... nampak pun tau.
    Hahahaha....

    BalasPadam
  7. aliffnajmi...banyak sgt nyanyi lagu 1Malaysia tu yg smpai jadi buta pengetahuan n buta hati..kelantan bukan negeri termundur ok...dlm list negeri termundur/paling menimbun hutang piutang adalah negeri2 dibwh umno bodoh....

    pakngah santan plak...banyak sgt kena temberang dgn tv3suku,berita hairan ataupun utusan mloya...dia tk tau langsung pasai taik2 yg puak umno tu duk buat,yg dia tau kt kl ada klcc...dia mkn taik cukuplah,asalkan najib n d geng bole senyum riang songlap duit rakyat...

    anyway,slamat merayau2 kt blog2 PR wahai barua2 umno bn, semoga beroleh hidayah dlm duk merayau tu ... ahakks!

    BalasPadam
  8. LOMPAT PARTI TIDAK SALAH - NIK AZIZ KOTA BHARU 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memu

    BalasPadam
  9. kua kua kua ...lolongan ameno melalak disin lani looooo
    salam buat pangah santan.benyak sangat pangah makan santan.hampir hampir jadi setan.
    dah banyak makan santan perut pun penuh setan.
    melalak lah kamu pangah santan...nanti kamu kena penyait setan banyak bayak

    BalasPadam
  10. PANTUN BUAT PANGAH SETAN DAN RAKAN RAKAN SEWAKTU DENGANNYA

    Tanam pisang rapat-rapat,
    Biar senang puyuh berlari,
    Buat ibadat main rembat,
    Sebab ilmu agama tak nak cari.

    Anak rusa nani,
    Baru kembang ekor,
    Buat dosa memang berani,
    Macam le banyak pahala dah skor.

    Putih rupanya bunga kecubung,
    Anak buaya mati di pantai,
    Belajar agama takde nak sambung,
    Solat zakat semua main bantai.

    Puas aku bertanam ubi,
    Nenas juga dipandang orang,
    Artis barat lagi kenali dari nabi,
    Kat akhirat nak mengaku umat apa barang

    Lompat si katak lompat,
    Lompatlah tinggi-tinggi,
    Al fatihah mana surah pun tak ingat,
    Nak belajar tajwid pun dah takde gigi.

    BalasPadam
  11. dah alim sangat kenapa duk kata kat orang,beristighfar lah banyak banyak....ngok betul kamu ni....berdoalah supaya tuhan ubahkan sikap yang tak baik kepada baik...tunjuk lah diri kita yang banyak ilmu tuu....ngok

    BalasPadam